web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pukul Kepala Pemandu Wanita, Lelaki ‘Acah Hero’ Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 9:14PM

Seorang lelaki yang videonya memukul kepala seorang pemandu wanita tular di media sosial, ditahan petang tadi - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang videonya memukul kepala seorang pemandu wanita tular di media sosial, ditahan petang tadi.

Portal BH Online melaporkan, suspek ditahan Polis Perak dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk siasatan lanjut.

Video berdurasi 59 saat itu memaparkan suspek yang berbaju merah mengetuk cermin kereta dipandu mangsa, sebelum menghamburkan kata-kata kesat.

Berdasarkan video, dia dikatakan berang kerana mendakwa mangsa memandu secara berbahaya.

Insiden sekitar jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku sewaktu kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam.

Susulan kejadian, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Sementara itu di media sosial, seorang netizen mendakwa suspek sebelum ini pernah diberhentikan kerja kerana bertindak menyerang seorang pengawal keselamatan.

Menggunakan akaun Faiz Sham, netizen terbabit mendakwa, suspek ialah bekas pemandu lori di tempat beliau bekerja.

“Dia nak mengaku dia bekas askar tu bang, saya kenal sangat dia ni, dulu dia driver lori kat tempat kerja saya ni,” katanya di Facebook.

Majoriti lain pula menyifatkan, suspek tidak perlu melakukan kekerasan terhadap pemandu wanita itu.

Menggunakan akaun @IzzulHazreel, seorang pengguna Twitter berkata, lelaki sejati tidak akan bertindak sedemikian.

“Lelaki yang betul anak jantan takkan sentuh dan marah perempuan macam ni, tak jantan pun kalau tunjuk kuat dekat perempuan, tunjuk kuat dekat lelaki la baru jantan en. 

“Tengking perempuan orang takde t***r je, ngan perempuan je berani. Silap orang silap hari m****s,” ciapnya. - Getaran, 6 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar