web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 7:12AM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berkemungkinan mengalami keracunan nikotin rokok elektronik dalam kejadian di Bera, Pahang pada 30 Mei lalu, dilaporkan stabil dan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang berkemungkinan mengalami keracunan nikotin rokok elektronik dalam kejadian di Bera, Pahang pada 30 Mei lalu, dilaporkan stabil dan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan malam tadi memaklumkan, kanak-kanak itu kini dipantau pihak Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, Pahang.

Menurutnya, pada hari kejadian, kanak-kanak yang dilaporkan tidak mempunyai sejarah penyakit kronik itu, ditemui datukya dengan mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas.

“Semasa kanak-kanak ini ditemui, terdapat peranti rokok elektronik (vape) pakai buang terletak di atas lantai berhampiran kanak-kanak ini.

“Dia dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rook elektronik jenis pakai buang,” katanya.

Susulan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dirujuk ke HoSHAS kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

“Kanak-kanak ini dilaporkan mengalami sawan sebanyak dua kali ketika dalam rawatan,” katanya.

Kanaka-kanak itu dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik jenis pakai buang, - Gambar fail
Kanaka-kanak itu dipercayai tersedut atau tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik jenis pakai buang, - Gambar fail

Pada masa sama, KKM berkata, sungguhpun kejadian itu pada mulanya dilaporkan sebagai probable kes EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury), namun hasil penemuan klinikal didapati tidak memenuhi kriteria EVALI.

Jelasnya, keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras tinggi.

Manakala, peranti rook elektronik yang ditemui sudah dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

“Kanak-kanak ini disahkan menghidapi Acute Life Threatening Event Secondary To Possible Alleged Nicotine Ingestion Complicated With Seizure,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, KKM menasihatkan orang ramai bahawa sebarang penggunaan produk merokok, termasuk rokok elektronik adalah berbahaya kepada kesihatan.

“Keracunan nikotin akibat penggunaan tembakau atau cecair rook elektronik boleh menyebabkan kesan akut, seperti debaran jantung atau palpitation, muntah dan sawan. la boleh terjadi kepada semua pengguna, termasuk kanak-kanak.

“Kesan nikotin tinggi serta pendedahan nikotin untuk jangka masa panjang, terutama kepada kanak-kanak akan menyebabkan pertumbuhan otak terjejas,” katanya. – Getaran, 6 Jun 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar