web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Darjah Kebesaran Daripada Agong Penantian Berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 4:03PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran P.J.N yang membawa gelaran Datuk kepada Yee Khan pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemenang Piala Thomas Datuk Yew Cheng Hoe masih mengingati dengan jelas penerimaan jam tangan Rolex daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman berikutan kemenangan menakjubkan pasukannya.

Selepas 56 tahun, Cheng Hoe dan rakan sepasukannya yang menjuarai Piala Thomas 1967 di Jakarta, Indonesia, sekali lagi menerima penghormatan hari ini.

Kali ini atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Cheng Hoe bersama rakan sepasukan Datuk Teh Kew San, mendiang Datuk Ng Boon Bee, Datuk Billie Ng @ Ng Seow Meng, Datuk Tan Yee Khan @ Tan Ah Hing serta Tan Aik Huang menerima kurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Seri Paduka yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Cheng Hoe yang berusia 80 tahun berkata darjah kebesaran itu merupakan penghormatan tertinggi yang diterima pasukan itu selepas pemberian anugerah oleh Tunku Abdul Rahman, yang juga perdana menteri pertama.

“Kami menjunjung terima kasih terhadap Seri Paduka baginda kerana menghargai kami dan mengurniakan darjah kebesaran hari ini. Ia penantian yang berbaloi,” katanya kepada Bernama.

Cheng Hoe yang merupakan pemain perseorangan pertama pada acara berpasukan badminton yang berprestij itu, memberi inspirasi kepada rakan sepasukannya untuk memenangi kejuaraan keempat Malaysia dalam kejohanan itu, menumpaskan Indonesia 6-3 pada perlawanan akhir.

Beliau mengatasi pemain Indonesia Ferry Sonneville 15-9, 15-7.

Turut dikurniakan darjah kebesaran hari ini ialah bekas atlet Sukan Olimpik Karu Selvaratnam, anak kelahiran Batu Gajah, Perak yang dianugerahkan PJN, membawa gelaran 'Datuk'.

Karu, yang menyertai acara 400 meter (m) lari berpagar lelaki dan 4x400m lelaki pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo, Jepun, merupakan bekas atlet yang berbakat.

Selain olahraga, beliau yang berusia 82 tahun pernah menjadi kapten pasukan kriket kebangsaan serta bermain hoki dan badminton untuk Angkatan Tentera Malaysia dari 1961 hingga 1973. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Anak Bekas Pemain Piala Thomas Meninggal Dunia Sehari Sebelum Krismas

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad