web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Sulu: Malaysia Tetap Perkukuh Kedaulatan Di Sebalik Keputusan Mahkamah Perancis Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 11:10AM

Malaysia bakal terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usahanya menegakkan kesucian timbang tara di peringkat antarabangsa. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia akan tetap terus mengambil semua langkah aktif untuk mengukuhkan lagi imuniti kedaulatan negara, selepas Mahkamah Perancis membuat keputusan sama ada Partial Award yang dituntut pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu akan dikuatkuasakan atau sebaliknya esok.

Sekretariat Khas Sulu menerusi kenyataan berkata, langkah aktif itu juga akan menyaksikan Malaysia bakal terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usahanya menegakkan kesucian timbang tara di peringkat antarabangsa.

Ia menegaskan demikian menerusi kenyataan berhubung perkembangan kes Sultan Sulu hari ini.

“Pada 6 Jun 2023, Mahkamah Perancis akan membuat keputusan sama ada Partial Award kepada pihak yang menuntut (pihak mendakwa waris Sulu) akan dikuatkuasakan.

“Berikutan keputusan itu, Malaysia akan terus mengambil semua langkah aktif untuk mengukuhkan lagi imuniti kedaulatan.

“Malaysia juga akan terus melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usahanya menegakkan kesucian timbang tara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Menurut sekretariat itu, kerajaan tidak akan teragak-agak membela mana-mana pegawai awam Malaysia yang berhak melaksanakan tugas mereka, termasuk Peguam Negara berkaitan isu terbabit.

“Kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas mana-mana rakyat Malaysia yang didapati memberikan sokongan berbentuk material, secara langsung atau tidak langsung kepada pihak menuntut atau bersekutu dalam timbang tara dihadapi Malaysia ini,” katanya.

Pada masa sama, sekretariat itu menegaskan, kerajaan menafikan semua dakwaan dan sindiran dibuat menerusi surat dikemukakan penasihat undang-undang kepada kumpulan mendakwa mereka sebagai waris Sultan Sulu terbabit, Paul Cohen, termasuk kononnya kenyataan Malaysia berhubung penimbang tara kes di Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa adalah keterlaluan.

Jelasnya, penafian itu dibuat susulan kandungan surat berkenaan menyalahgunakan kedudukan undang-undang negara dan secara tidak tepat memfitnah tindakan dilaksanakan Malaysia.

Pada 29 Mei lalu, katanya, Jabatan Peguam Negara menerima surat daripada Paul Cohen, menuntut pembayaran segera bagi ‘Final Award’ yang dikatakan berjumlah USD16.412 bilion (RM75 bilion) (termasuk 10 peratus faedah), USD4,026,592.64 untuk kos timbang tara dan USD3,502,394.24 membabitkan yuran peguam.

“Sebagai tambahan kepada tuntutan itu, surat terbabit mendakwa bahawa kerajaan Malaysia sengaja gagal untuk mematuhi Final Award dan bahawa dakwaan negara ini berhubung Dr Gonzalo Stampa adalah keterlaluan,” katanya.

Ujarnya, Peguam Negara kemudian menjawab surat Cohen pada 31 Mei lalu dengan menyenaraikan semua fakta tuntutan yang tidak dapat dipertikaikan.

“Laporan polis sudah dibuat pada 1 Jun 2023 terhadap Paul H Cohen atas kenyataan fitnah dan dakwaan dikenakan terhadap Peguam Negara,” katanya.

Mengulas lanjut, sekretariat itu memaklumkan, pada 14 Disember 2021, Malaysia memfailkan aduan jenayah di hadapan Pendakwa Raya Sepanyol terhadap Dr Stampa, berikutan dia dan pihak yang menuntut secara terang-terangan mengabaikan keputusan kehakiman di Sepanyol. – Getaran, 5 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Sulu: Harap Stampa Terima Hukuman Setimpal - Azalina

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah The Hague Putuskan Esok Tuntutan Kumpulan Sulu Kuat Kuasa Award US$14.9 Bilion Terhadap Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tuntutan Sulu: Tiada Mekanisme Pengawasan Sebabkan Proses Timbang Tara Disalah Guna - Azalina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar