web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah The Hague Putuskan Esok Tuntutan Kumpulan Sulu Kuat Kuasa Award US$14.9 Bilion Terhadap Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 5:05PM

Mahkamah itu akan membuat keputusan sama ada award akhir yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa pada 2022 kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu boleh dikuatkuasakan di Belanda - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda akan memutuskan esok mengenai permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan award sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada Februari tahun lepas.

Mahkamah itu akan membuat keputusan sama ada award akhir yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa pada 2022 kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu boleh dikuatkuasakan di Belanda.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir sebanyak US$14.9 bilion itu, kumpulan Sulu tersebut dilaporkan telah cuba merampas aset syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg, aset di Belanda  dan juga menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada Kedutaannya).

Pada 19 April, Sekretariat Khas Sulu dalam satu kenyataan berkata Mahkamah Rayuan The Hague mendengar hujahan daripada kerajaan Malaysia dan pihak yang menuntut semasa prosiding yang diadakan pada 17 April.

Semasa prosiding, Malaysia telah mengemukakan pembelaan bahawa permohonan pihak Sulu itu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir yang dikeluarkan secara tidak sah di ssisi undang-undang oleh Stampa, adalah terbatal dan permintaan mereka tidak boleh diterima dan oleh itu, mesti ditolak.

Sekretariat itu juga menyebut Malaysia komited dalam melindungi kedaulatannya dan menegakkan proses timbang tara di peringkat antarabangsa serta berhasrat untuk mendedahkan percubaan kotor kumpulan Sulu bagi menguatkuasakan award palsu yang terbatal dan tidak sah itu.

“Ini adalah satu percubaan untuk memeras ugut sebuah negara berdaulat dan kewujudan berterusan award palsu itu telah mencemar reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat global,” katanya.

Pada 14 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, penuntut Sulu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka.

Beliau berkata hasil daripada usaha tersebut, kerajaan Malaysia menerima berita baik apabila Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Stampa.

Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis  pada 6 Jun lepas itu satu kejayaan penting dan signifikan bagi Malaysia sekali gus membuktikan kesungguhan serta ketegasan kerajaan Malaysia dalam mendepani isu berkenaan, katanya.

Pada 6 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermakna penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

“Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

“Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” katanya. 

Menteri itu berkata apa yang lebih penting ialah keputusan itu membayangkan bahawa Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan award akhir dan kerajaan Malaysia kini berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin yang akan menggagalkan usaha penuntut untuk menguatkuasakan award tersebut di seluruh dunia.

Pada 2019, kumpulan itu membawa perkara tersebut kepada penimbang tara Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.

Stampa, yang dilantik oleh penuntut itu telah pada 28 Feb 2022 membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dan mengeluarkan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia  hasil daripada timbang tara tidak sah kepada lapan, pihak yang menuntut walaupun sebelum ini pembatalan pelantikannya sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol.

Kumpulan itu kemudian membawa kes tersebut ke Mahkamah Paris dan pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia terhadap penguatkuasaan award itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini