Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lim Kit Siang Terima Gelaran Tan Sri Esok

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 10:28AM

Lim Kit Siang - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Veteran DAP, Lim Kim Siang akan dianugerahkan gelaran Tan Sri esok, sempena sambutan rasmi Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.

Bekas pemimpin ikonik pembangkang dan Ahli Parlimen itu adalah pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan, iaitu darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

Menurut pemerhati politik, anugerah itu adalah simbolik perubahan buat DAP, bermula sebagai pembangkang tegar di Parlimen tetapi kini membawa suara penting dalam pembentukan kerajaan.

Foto pemimpin berusia 82 tahun itu yang menghadiri raptai malam tadi turut tular di media sosial.

Dua pemimpin DAP turut mengesahkan bahawa Kit Siang yang mereka gelarkan ‘Lao Da’ akan menerima darjah kebesaran Persekutuan.

Parti berkenaan berpegang kepada tradisi untuk menolak sebarang pemberian darjah kebesaran daripada kerajaan negeri atau Persekutuan jika masih terbabit dalam politik.

Mereka hanya dikecualikan daripada tradisi tersebut sekiranya telah bersara daripada memegang sebarang jawatan.

Di Pulau Pinang, veteran DAP yang sudah bersara seperti Lim Hock Seng dan Danny Law kedua-duanya dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk, walaupun bekas Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menerima kurniaan tersebut sewaktu masih aktif berpolitik.

Koo Ham berdepan kritikan hebat daripada ahli parti susulan tindakan itu.

Dilahirkan di Batu Pahat, Johor, Kit Siang mula terbabit secara langsung dalam politik, selepas dilantik sebagai Setiausaha Penganjur DAP, bermula dari 1966 hingga 1969.

Tugas beliau antara lain ialah menyunting akhbar Roket milik parti tersebut.

Beliau ialah pemimpin pembangkang paling lama berkhidmat, dengan menyandang portfolio tersebut selama lebih 28 tahun untuk tiga penggal berbeza, bermula dari Januari 1974 hingga Jun 1975, November 1975 hingga November 1999 dan Mac 2004 hingga Februari 2008.

Kit Siang membuat keputusan untuk bersara dari politik tahun lalu, selepas memutuskan untuk tidak bertanding bagi merebut kerusi jawatankuasa pusat DAP atau jawatan di peringkat negeri.

Bagaimanapun, pengaruh beliau dalam DAP masih dirasai, setelah mengetuai parti itu selama lebih empat dekad dan berdepan pelbagai cubaan untuk kedudukannya dirampas.

Dua anaknya kini masih bergiat aktif dalam politik iaitu Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta adik perempuannya, Lim Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Tanjong.

Dikenali sebagai ‘Kit’ dalam kalangan rakan seperjuangan, Kit Siang kini menetap di Pulau Pinang dan sering memberikan pandangan berkenaan landskap politik negara serta isu semasa menerusi blog miliknya.

Beliau masih sihat dan sering dilihat muncul pada beberapa acara rumah terbuka anjuran kerajaan negeri dan Persekutuan.

Selain Kit Siang, bekas pemimpin DAP yang turut menerima gelaran sama sebelum ini ialah Tan Sri Lee Lam Thye.

Lam Thye yang kini aktif sebagai aktivis masyarakat ialah Ahli Parlimen Kuala Lumpur Bandar, sebelum kerusi tersebut dinamakan semula sebagai Bukit Bintang. - The Vibes, 4 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Politik 1 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

3

Politik 1 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Skim Pencen Wakil Rakyat: DAP Bersama Kerajaan - Loke

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 16 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran