web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Pewartaan Semula HSKLU Sudah Dimuktamadkan - MB Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 5:49PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Proses pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang sebelum ini dinyahwartakan pada 2021 sudah dimuktamadkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), dua minggu lepas.  

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, isu pewartaan semula tersebut dianggap sudah selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

“Sudah (diwartakan semula) dalam MMKN dua minggu lepas. Jumlah keluasan hutan masih sama seperti sebelum ini. Pelaksanaan akan dilakukan oleh JPNS,” katanya ketika mengulas perkembangan proses pewartaan semula HSKLU.

Beliau berkata demikian selepas Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini.

Penyahwartaan HSKLU sebelum ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 30 Ogos 2021.

Hee menyatakan keputusan itu dicapai semasa MMKN ke-17/2021 pada 5 Mei 2021 yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei tahun sama, dengan pihaknya memutuskan kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyahwarta di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Dalam perkembangan lain, Amirudin terdahulu merasmikan Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim.

Beliau berkata menerusi program tersebut, kerajaan negeri akan menyerahkan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bermula 28 Jun ini kepada masjid, surau, agensi dan institusi yang bakal melaksanakan ibadah korban pada akhir bulan ini. 

Amirudin berkata secara keseluruhan kerajaan negeri membelanjakan RM6 juta bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini. - Bernama  

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad