web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undang-Undang 'Drakonian' Sekat Kebebasan Media: Jadi Duri Dalam Daging Majlis Media?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 10:03AM

Pemain industri bersetuju reformasi media hanya akan berjaya jika undang-undang dimansuhkan atau sekurang-kurangnya dipinda, memihak kepada kebebasan media - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketika kerajaan menunjukkan sokongan kepada wartawan dengan meraikan Hari Wartawan Nasional tahun ini, pengamal media menggesa pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim memperhalusi undang-undang sedia ada yang menghalang industri ini melaporkan berita secara bebas.

Bercakap kepada The Vibes, pemain industri bersetuju reformasi media hanya akan berjaya jika undang-undang dimansuhkan atau sekurang-kurangnya dipinda, memihak kepada kebebasan media.

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) berkata, adalah penting untuk memastikan kerajaan meminda dan memansuhkan undang-undang sekatan, yang menjadi penghalang kepada gerakan media bebas di negara ini.

Ini termasuk memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) untuk membenarkan peraturan maklumat yang lebih baik melalui Akta Kebebasan Maklumat (FOI).

Jurucakap GERAMM, Radzi Razak berkata, ketika ini, OSA melarang penyebaran maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, termasuk dokumen, rekod keputusan dan pertimbangan Kabinet, serta majlis eksekutif negeri.

“OSA memberikan budi bicara yang tidak terhad kepada eksekutif untuk mengklasifikasikan sebarang dokumen atau maklumat sebagai rahsia rasmi dan menjenayahkan bukan sahaja pendedahan primer tetapi sekunder bagi maklumat sulit.

“(Ini) menimbulkan jaringan meluas yang mengakibatkan sejumlah besar penahanan sejak ia diluluskan, dan sudah digunakan oleh kerajaan untuk menutup skandal pada masa lalu,” katanya kepada The Vibes.

Radzi Razak menggesa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) dimansuhkan yang menurutnya, menghalang kejayaan penubuhan Majlis Media Malaysia - Gambar tangkapan layar
Radzi Razak menggesa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) dimansuhkan yang menurutnya, menghalang kejayaan penubuhan Majlis Media Malaysia - Gambar tangkapan layar

Menurutnya, Akta FOI akan menyediakan perundingan pihak berkepentingan yang mencukupi dan tulen, supaya undang-undang yang akan datang boleh digubal selaras dengan piawaian antarabangsa, menghalang dokumen yang termasuk di bawah pengecualian khusus dan disasarkan atas alasan keselamatan.

 

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Duri dalam daging Majlis Media?

Radzi yang juga seorang wartawan turut menggesa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) dimansuhkan yang menurutnya, menghalang kejayaan penubuhan Majlis Media Malaysia.

“Usaha sebelum ini untuk menubuhkan Majlis Media bermula beberapa dekad lalu dan kebanyakannya tidak berjaya kerana kerajaan tidak akan memansuhkan PPPA.

“Untuk mewujudkan PPPA dan Majlis Media secara serentak akan menggagalkan tujuan memiliki badan kawal selia sendiri untuk mengawal standard media.

“Adalah sukar bagi orang ramai dan industri media untuk mengambil serius Majlis Media jika Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mempunyai kuasa untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada media, memanggil editor, dan mengancam untuk membatalkan lesen,” katanya.

PPPA ialah undang-undang yang mengawal mesin cetak dan agensi penerbitan.

Ia memberi budi bicara kepada KDN untuk meluluskan atau membatalkan lesen dan permit penerbitan serta menyekat atau mengharamkan penerbitan yang boleh membahayakan kepentingan keselamatan negara atau menimbulkan keresahan sosial.

 

Lindungi, jangan dakwa pemberi maklumat

Sementara itu, pensyarah kewartawanan Universiti Tunku Abdul Rahman, Teh Boon Teck menggesa agar OSA, PPPA, dan Akta Hasutan 1948 iaitu undang-undang yang menjenayahkan ucapan yang disifatkan menghasut atau untuk menimbulkan perasaan permusuhan antara pelbagai kaum, dimansuhkan.

Teh Boon Teck turut menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang yang menghalang parti politik daripada mengawal media bagi mengelakkannya menjadi alat propaganda - Gambar LinkedIn Teh Boon Teck
Teh Boon Teck turut menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang yang menghalang parti politik daripada mengawal media bagi mengelakkannya menjadi alat propaganda - Gambar LinkedIn Teh Boon Teck

“Saya tidak boleh menerima keadaan di mana kerajaan menggunakan tuduhan menghasut atau melanggar rahsia rasmi untuk mendakwa pemberi maklumat atau media apabila mereka mendedahkan rasuah dan salah guna kuasa, terutamanya apabila melibatkan pegawai kerajaan,” katanya.

Jelasnya lagi, Kerajaan Perpaduan tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk menghidupkan semula Akta FOI, walaupun Pakatan Harapan (PH) didakwa bersetuju untuk menubuhkan rang undang-undang (RUU) itu ketika menerajui kerajaan pada 2018.

Perdana Menteri menyatakan media menyuarakan kebimbangan orang ramai, tetapi jika beberapa siri undang-undang menyekat media terus wujud, maka beliau tidak benar-benar memperjuangkan kebebasan media yang lebih besar.

“Jika beliau benar-benar berhasrat untuk memberikan lebih banyak kebebasan kepada media, maka undang-undang yang menyekat media harus dimansuhkan atau dipinda," kata bekas wartawan China Press itu.

Pada masa sama, Boon Teck turut menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang yang menghalang parti politik daripada mengawal media bagi mengelakkannya menjadi alat propaganda.

Mengenai kebajikan pengamal media, beliau berkata, semua kakitangan yang bekerja dalam media kerajaan perlu diiktiraf secara rasmi sebagai penjawat awam dan berhak mendapat faedah yang disertakan, berbanding hanya pekerja kontrak tanpa akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan faedah perubatan.

Ini, tambahnya, akan menggalakkan organisasi media swasta untuk memperbaiki usaha kerajaan dalam menjaga kesejahteraan wartawan. - The Vibes, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad