web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 1:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi negara, mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan undang-undang sivil dan undang-undang syariah jika bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, dalam keputusan bersejarahnya, Mahkamah Persekutuan pernah mengisytiharkan beberapa undang-undang sivil sebagai tidak berperlembagaan.

Antaranya Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013, Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan kes lelaki yang menggoda isteri orang dan kes dadah membabitkan satu peruntukan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah atas alasan Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal peruntukan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan meliputi kesalahan sama.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu dalam petisyen yang dikemukakan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Bagi Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam), Noorazmir Zakaria, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan pertikaian berkaitan tafsiran mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan selain mendengar rayuan.

"Sekiranya ada pertikaian membabitkan sesama negeri atau antara mana-mana negeri dan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan boleh mendengar pertikaian tersebut.

"Begitu juga jika wujud mana-mana cabaran berkaitan undang-undang bertulis yang dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau berkaitan dengan tafsiran Mahkamah Persekutuan boleh dibawa ke mahkamah berkenaan," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Beliau berkata undang-undang yang digubal oleh Parlimen juga boleh dicabar di Mahkamah Persekutuan jika bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pula berkata, Mahkamah Persekutuan berperanan
mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan berkaitan undang-undang jenayah, sivil dan syariah.

"Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes di Mahkamah Syariah contohnya kes perceraian. la di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.

Senada dengan beliau, peguam Siti Nor Syahidah Ismail berkata, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa asal untuk memutuskan kesahihan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau mana-mana negeri.

Pada 27 Jun 2023, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan pindaan terhadap Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 sebagai terbatal dan tidak sah selepas memutuskan ia kurang memberi manfaat kepada pesara perkhidmatan awam.

Pada 15 Disember 2023, mahkamah tertinggi negara itu turut memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan pertuduhan terhadap lelaki yang menggoda isteri orang selepas memutuskan ia tidak berperlembagaan.

Mahkamah itu berpendapat seksyen tersebut adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 5 April 2019, Mahkamah Persekutuan juga bertindak memansuhkan Seksyen 37A ADB 1952 yang membolehkan 'anggapan berganda' diguna pakai untuk mensabitkan seseorang tertuduh kerana mengedar dadah.

Mahkamah itu mengisytiharkan bahawa Seksyen
37A bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana melanggar Perkara 5(1) dibaca bersama Perkara 8(1).

Perkara 5(1) menyebut tiada seorang pun boleh diambil
nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang manakala Perkara 8(1) menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Mahkamah berpendapat, seksyen itu melanggar anggapan tidak bersalah kerana membolehkan seseorang tertuduh disabitkan sedangkan keraguan yang munasabah mungkin wujud. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hormati Keputusan Mahkamah Persekutuan, Kedudukan Perlembagaan Persekutuan - Sultan Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad