web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Pensijilan MSPO Sentiasa Berkembang, Bertambah Baik - Fadillah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 11:00AM

Fadillah Yusof (kiri) dan Airlangga Hartarto (kanan) bergambar bersama Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Josep Borrell Fontelles . - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BRUSSELS - Skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang diperkenalkan pada 2013, sentiasa berkembang dan bertambah baik, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perkara itu melibatkan seperti semakan utama yang diperkenalkan tahun lepas dengan piawaian yang lebih ketat, termasuk tarikh akhir melakukan pembasmian hutan pada 31 Dis 2019, yang menepati tarikh akhir mengikut Peraturan Pembasmian Hutan di bawah Kesatuan Eropah (EU).

Lebih banyak semakan telah dibuat ke atas pengenalpastian pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan rancangan pemantauan untuk pengurangannya, pengenalan panduan baharu mengenai persetujuan bebas, terdahulu dan termaklum (FPIC), serta perlindungan bagi pembela hak asasi manusia dan pemberi maklumat.

“(Oleh itu), kami mengulangi bahawa minyak sawit Malaysia adalah mampan. MSPO sudah pun menjamin komitmen Malaysia terhadap kemampanan, dan terus menyediakan minyak sawit yang mampan dan bebas pembasmian hutan untuk pelanggan Eropah dan global kami,” katanya pada majlis makan tengah hari dan sesi dialog bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) industri minyak sawit dan wakil EU.

Hadir sama ialah Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto; Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.

Fadillah berkata kerajaan Malaysia juga sepenuhnya komited terhadap dasar utama berkaitan minyak sawit mampan.

Ini termasuk menghentikan penanaman di kawasan tanah gambut dan mengetatkan peraturan berhubung penanaman kelapa sawit sedia ada di tanah gambut, mengharamkan penukaran kawasan hutan simpan untuk penanaman kelapa sawit, dan berjanji untuk menyediakan peta perladangan sawit untuk akses orang ramai.

Selain itu, pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Glasgow (COP26), Malaysia mengumumkan sasaran pelepasan GHG bersih-sifar paling awal pada 2050.

Malaysia juga komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan hutan seperti ikrar yang dinyatakan pada Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992.

Pada masa ini, litupan hutan Malaysia adalah sebanyak 55.3 peratus.

Komitmen Industri Minyak Sawit Terhadap Tindakan Iklim

Menurut analisis Forest 500 oleh Global Canopy, 72 peratus syarikat minyak sawit telah membuat komitmen untuk tidak melakukan pembasmian hutan, jauh lebih tinggi berbanding komoditi lain seperti pulpa dan kertas (49 peratus), kacang soya (40 peratus), daging lembu (30 peratus) dan kulit (28 peratus).

“Walau bagaimanapun, kami memerlukan sokongan penuh daripada semua pihak di seluruh rantaian bekalan minyak sawit untuk merealisasikan matlamat bersama kami untuk mencapai keseimbangan mampan antara keperluan alam sekitar dan keperluan sosio-ekonomi, serta mendukung piawaian kemampanan dan amalan bertanggungjawab tertinggi.

“Bersama-sama, kita boleh memastikan minyak sawit kekal sebagai komoditi pilihan dalam menggalakkan pengeluaran dan penggunaan mampan. Kita sudah pasti telah melangkah jauh dan kita komited untuk meneruskan usaha ini bersama semua pihak,” katanya.

Kira-kira 30 syarikat menyertai majlis makan tengah hari dan sesi dialog itu antaranya ialah Pengarah Urusan PT Sinarmas TBk, Ferry Salman; Ketua Eropah dan Afrika Sime Darby, Michael Barkhuysen; Ketua Kemampanan Cargill Eropah, Gifty Amedi; Ketua Kemampanan Wilmar bagi Eropah, Daphne Hameeteman; Pengasas Bersama dan CEO DIBIZ Pte Ltd, U.R Unnithan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 bulan yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar