web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low Di Bawah Tahanan Rumah Di Shanghai?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 10:05AM

Low Taek Jho - Gambar Bernamaa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai berada di bawah tahanan rumah di Shanghai.

Pengarang bersama ‘Billion Dollar Whale’, Bradley Hope menerusi Twitternya berkata, Jho Low banyak berada di Macau dari 2015 hingga 2018 selain Hong Kong, Shenzhen dan Thailand.

Bagaimanapun, katanya, selepas kekalahan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), pergerakan Jho Low  lebih terhad di tanah besar.

“Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai.

“China menahan Jho Low dengan ketat kerana rundingan dengan Malaysia, tetapi juga disebabkan penaung (Sun Lijun) dalam industri perisikan ditahan dan rakan perniagaan di CCCC (China Communications Construction Company) digulingkan,” katanya.

Hope berkata, Jho Low berubah daripada menjadi aset risikan kepada liabiliti selepas Najib tidak lagi berkuasa selepas tewas pada PRU-14.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya, Jho Low yang juga individu paling dikehendaki dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang bersembunyi di Macau.

Dalam satu jawapan bertulis kepada Al Jazeera, SPRM menyatakan perkara itu disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat Jho Low di Macau.

Pendedahan mengenai Jho Low, yang boleh dikatakan penjenayah kolar putih paling dikehendaki di dunia itu berlaku hanya beberapa minggu selepas penahanan suspek 1MDB yang kurang dikenali, Kee Kok Thiam.

Gaya hidup mewah Jho Low, rangkaian rakan yang terkenal lagi berkuasa, hadiah mewah, hartanah mewah, kapal layar mega dan jet peribadi menjadikannya wajah global yang disifatkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) sebagai kes kleptokrasi terbesar yang pernah disiasat.

Namun, lelaki yang didakwa mendalangi kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM20.7 bilion) daripada Malaysia melalui kes 1MDB itu hilang pada 2016 apabila pihak berkuasa dari Singapura hingga ke Australia dan AS didakwa menyiasat kes penipuan besar-besaran itu.

Lokasi persembunyian Jho Low sejak itu menjadi sumber spekulasi selama bertahun-tahun, dan kini disahkan secara terbuka oleh SPRM.

Malam tadi, Kok Thiam yang juga bekas pembantu Jho Low yang memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia mengenai keberadaannya di Macau, telah meninggal dunia.

Sumber SPRM mengesahkan dengan Malay Mail Online mengenai berita kematian Kok Thiam, yang kembali ke Malaysia pada 3 Mei lalu selepas lima tahun berada di luar negara. – Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Cuba Seludup Ganja RM5 Juta Ke Macau, Remaja Malaysia Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

TARA 3 tahun yang lalu

AirAsia Lancar Semula 7 Destinasi Antarabangsa Di China

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad