web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AirAsia Lancar Semula 7 Destinasi Antarabangsa Di China

Tujuh destinasi yang terlibat ialah Macao, Shenzhen, Guangzhou Kunming, Shanghai, Hangzhou dan Chengdu. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 10:00AM

Penerbangan pertama ke China dimulakan semula pada 10 Februari 2023. - Gambar AirAsia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AirAsia Malaysia (AK) bakal terbang semula ke empat destinasi di China dari dua hab - Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu ke Macau, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming dengan kekerapan 10 penerbangan mingguan, dengan rancangan untuk meningkatkan kekerapan sehingga 27 penerbangan mingguan pada bulan Mac. 

Penerbangan pertama ke China dimulakan semula pada 10 Februari 2023, begitu juga penerbangan dari negara terbabit dengan faktor muatan tinggi untuk penerbangan dua hala.

Melengkapi penyambungan semula destinasi jarak dekatnya, AirAsia X Malaysia (D7) akan menyambung semula laluan dari Kuala Lumpur ke Shanghai, Hangzhou dan Chengdu dengan 10 penerbangan mingguan bermula 1 Mac ini.

Gambar ihsan AirAsia
Gambar ihsan AirAsia

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, China merupakan pasaran penting untuk AirAsia dan dengan pelancaran semula ini, pihaknya berharap dapat meningkatkan pertumbuhan pelancong.

“China ialah pasaran penting untuk Kumpulan AirAsia, di mana kami merupakan syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa terbesar mengikut kapasiti pra-pandemik.”

“Berdasarkan faktor muatan tinggi bagi penerbangan sulung kami ke/dari Guangzhou pada minggu lalu, permulaan semula perkhidmatan kami bukan sahaja akan memberikan nilai dan akses yang lebih baik kepada pengembara yang membuat perjalanan penting dari Malaysia dan pelancong dari China malah akan meningkatkan pertumbuhan pelancongan, perdagangan dan ekonomi di kedua-dua buah negara dengan ketara,” ujar beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benjamin Ismail pula menambah, China akan terus menjadi tumpuan utama. Ini kerana rekod menunjukkan AirAsia membawa lebih 1.8 juta tetamu ke dan dari China pada tahun 2019 sahaja.

Gambar ihsan AirAsia
Gambar ihsan AirAsia

“China akan menjadi tumpuan pasaran utama kami seterusnya dalam pada kami memperkukuh strategi pertumbuhan melalui pelancaran laluan paling popular dan menguntungkan. 

“Kami telah menyaksikan kejayaan yang luar biasa dengan perkhidmatan ke China pra-pandemik di mana kami membawa lebih 1.8 juta tetamu ke/dari China pada tahun 2019 sahaja.”

“Kami percaya permulaan semula perkhidmatan ke China ini akan menjadi popular untuk pengembara perniagaan, pelajar antarabangsa, para tetamu yang melawat keluarga serta merangsang permintaan serantau antara dua pasaran besar melalui tambang rendah dan perkhidmatan bernilai tinggi,” ulas beliau.

Memandangkan kemasukan ke China pada masa ini terhad kepada visa tertentu sahaja, pelawat dinasihatkan untuk menyemak keperluan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Untuk keperluan perjalanan ke China, sila rujuk di sini. - 

Untuk maklumat lanjut tentang jadual perjalanan, anda boleh melayari www.airasia.com - Getaran, 26 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray Penakluk Jiwa Wanita

25 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Cuba Seludup Ganja RM5 Juta Ke Macau, Remaja Malaysia Ditahan

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel