web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Pecah Amanah Pegawai KESEDAR Jejas Imej KKDW - TPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:36PM

Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di Putrajaya, hari ini. - Gambar ihsan Telegram Ahmad Zahid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) atas kesalahan pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang salah laku.

Menurut beliau, kes seumpama itu perlu dipastikan tidak berulang lagi kerana KKDW merupakan agensi yanf mewakili pelbagai lapisan rakyat, khususnya komuniti di luar bandar.

“Tidak ada kompromi dalam perihal integriti dan semua petugas harus mengambil iktibar daripada kes ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan, setitik nila mampu memusnahkan keseluruhan imej positif yang dibawa sesebuah organisasi.

“Aspek integriti khususnya yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi,” katanya. 

Penahanan pegawai yang menyandang portfolio Penolong Akauntan KESEDAR itu dilaporkan media Sabtu lalu.

Dia ditahan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian berjumlah RM24.8 juta.

Menurut laporan media, perbuatan berkenaan dikatakan dilakukan suspek bermula 2016 hingga Mei tahun ini, melibatkan 194 transaksi wang.

Kesemua transaksi itu adalah daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik KESEDAR yang dipindahkan ke akaun syarikat suspek.

Secara keseluruhan, jumlah transaksi itu mencecah RM24,800,189.73.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, pencapaian cemerlang KKDW sejak tujuh bulan lalu perlu dikekalkan.

Momentum itu jelas beliau, perlu sentiasa ditambah baik bagi memastikan kementerian terbabit kekal mencatat prestasi cemerlang.

“Sejak menakhodai kepimpinan KKDW, saya amat berpuas hati dengan komitmen, kegigihan dan semangat dedikasi yang ditunjukkan oleh warga KKDW. 

“Sebagai aset kerajaan, kita pastinya menjadi harapan rakyat terutamanya masyarakat desa untuk memberikan khidmat yang terbaik,” katanya.

Jelas Zahid, beliau menaruh harapan tinggi untuk semua petugas dan agensi di bawah kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan dan memberikan fokus kepada membantu golongan sasar dengan memastikan perlaksanaan program "low cost, high impact" yang lebih efektif.

“Bagi menghidupkan budaya apresiasi di dalam organisasi, saya zahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah hari ini. 

“Semoga ia menjadi pemangkin bukan sahaja untuk penerima anugerah malah semua warga kementerian agar lakukan yang terbaik,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad