Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Koleksi Pride Ada Perkataan LGBTQ Pada Jarum Jam - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 9:15AM

Rampasan ke atas jam tangan jenama Swatch dari koleksi ‘Pride’ dibuat kerana perkataan LGBTQ tertera dengan jelas di atas jarum jam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rampasan ke atas jam tangan jenama Swatch dari koleksi ‘Pride’ dibuat kerana perkataan LGBTQ tertera dengan jelas di atas jarum jam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik BH Online berkata, koleksi berkenaan tidak dijual di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya bertindak atas aduan awam dan pemeriksaan ketika serbuan mendapati, sememangnya ada unsur LGBTQ pada koleksi tersebut.

“Koleksi itu tidak pula dijual di UAE kerana Swatch tahu ia isu sensitif di sana,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu dilaporkan berkata, serbuan dilakukan KDN ke atas 11 butik Swatch awal bulan ini dilakukan kerana produk dari koleksi Pride itu memiliki unsur LGBT yang ketara.

Perdana Menteri bagaimanapun mengakui tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara itu, dan meminta KDN memberikan penjelasan lanjut.

Sebelas butik jam terkemuka jenama Swatch KDN) pada 13 dan 14 Mei lalu kerana menjual produk berunsur LGBT.

Memetik laporan The Edge, serbuan berkenaan turut melibatkan rampasan produk dari koleksi ‘Pride’ yang bertemakan warna pelangi.

Difahamkan, serbuan itu dibuat ke atas butik di pusat beli belah terkemuka, antaranya Pavillion KL, One Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah.

Operasi sama turut memberi amaran ke atas butik Swatch di pusat beli belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bharu dan Kuching, Sarawak. 

Serbuan terbabit dipercayai susulan kepada hantaran di media sosial, yang mengaitkan penjualan jam dari koleksi ‘Pride’ itu dengan sokongan ke atas kumpulan rock terkenal British, Coldplay.

Coldplay - Gambar fail
Coldplay - Gambar fail

Penganjuran konsert Coldplay di ibu negara yang dijadualkan berlangsung 22 November nanti menjadi isu hangat, apabila ada pihak mendakwa kumpulan terbabit menyokong komunuti LGBT.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr dipetik sebagai berkata, syarikatnya sejak sekian lama sememangnya terkenal dengan rangkaian produk berasaskan jam tangan yang berwarna-warni.

Menurut beliau, kesemua produk dipasarkan tidak membahayakan sesiapa, sebaliknya membawa mesej keamanan dan kasih sayang.

“Produk kami tidak memiliki unsur politik dan kami tertanya-tanya, bagaimana KDN mahu merampas setiap pelangi yang muncul di kaki langit Malaysia,” katanya. 

Hayek juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri telah diberikan maklumat salah, kononnya koleksi Pride dihasilkan jenama terkemuka itu menyokong elemen LGBT.

“Koleksi Pride ini berdasarkan kepada perlambangan dibawa setiap warna iaitu kehidupan, penyembuhan, cahaya matahari, alam semula jadi, harmoni dan semangat serta dua gelung yang membentuk pelangi," katanya.

Hayek mewakili kumpulan Swatch juga dilaporkan berkata, mereka amat kecewa dengan rampasan berkenaan.

“Koleksi kami yang menggunakan warna pelangi membawa mesej keamanan serta kasih sayang,  boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja," katanya kepada Reuters.

Swatch juga seperti laporan akhbar Switzerland Tages-Anzeiger akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula jam tangan tersebut. - Getaran, 30 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Coldplay Bermain Pantun, Satu Stadium Kecoh

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Luar Negara 16 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Semasa 1 hari yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan