web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Wartawan Veteran Perak Terima Bantuan Tabung Kasih@HAWANA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 7:19AM

Anwar menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Ou So Ha @ Ou Kok Meng sempena perasmian HAWANA 2023 di Ipoh, semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tiga wartawan veteran Perak menerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, inisiatif yang bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan.

Mereka ialah bekas pemberita bebas Ou So Ha @ Ou Kok Meng, 74, pemberita sambilan akhbar Tamil Malar V. Maniam, 76, dan editor portal berita Independent.my, Haron Shafei, 65.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan berkenaan sempena perasmian HAWANA 2023 di sini semalam.

Ou yang kini uzur, pernah menulis untuk beberapa akhbar berbahasa Cina seperti China Press dan Nanyang Siang Pau, manakala Maniam yang menghidap Parkinson pernah bekerja dengan Makkal Osai serta Malaysia Nanban.

Sementara itu, Haron yang merupakan bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar tabloid Bintang Timur, kini penulis bebas di sebuah portal, Independent.my.

Haron ketika ditemui Bernama berkata bantuan menerusi tabung Kasih@HAWANA yang diterima hari ini sedikit sebanyak dapat membantu dirinya yang kini tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Ini (bantuan) merupakan satu usaha murni dan perlu diteruskan pada masa akan datang," katanya yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan sejak 1978.

Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan kesukaran dan cabaran hidup.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah menyampaikan sumbangan kepada  bekas wartawan Utusan Melayu (M) Bhd, Muhammad Basir Abu Bakar yang menghidap penyakit jantung dan wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani pembedahan akibat kanser usus.

Sumbangan turut diberikan kepada Haslinda Ahmad iaitu balu jurukamera TV3 Perak Allahyarham Rosli Abu Bakar yang meninggal dunia pada 9 Mei lepas akibat komplikasi kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung.

Bantuan disumbangkan oleh KKD, Bank Rakyat Malaysia Berhad, Pusat Pakaian Hari-Hari, Mydin, Aeon Big dan MSM Malaysia Holdings Berhad. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar