web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LIMA ‘23 Diharap Kukuhkan Kedudukan Malaysia Sebagai Hab Serantau Aeroangkasa, Maritim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 1:49PM

Menurut Anwar Ibrahim, LIMA yang merupakan antara mercu tanda bagi pencapaian Malaysia di persada antarabangsa diharapkan mampu membawa pulangan berganda dari aspek ekonomi, perdagangan, pertahanan dan keselamatan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA ‘23) diharapkan berupaya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau, khususnya bagi industri aeroangkasa dan maritim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan itu akan merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.

Menurut beliau, LIMA yang merupakan antara mercu tanda bagi pencapaian Malaysia di persada antarabangsa diharapkan mampu membawa pulangan berganda dari aspek ekonomi, perdagangan, pertahanan dan keselamatan.

“Semestinya besar harapan agar LIMA ‘23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim, sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

LIMA yang merupakan acara dwitahunan kembali memeriahkan negara selepas empat tahun direhatkan gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Acara itu yang berakhir semalam melibatkan pameran lebih 100 aset industri industri aeroangkasa dan maritim sepanjang lima hari ia berlangsung.

Pengarah Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine), Muhammad Aqlan Pacleb sebelum ini dipetik sebagai berkata, 35 hingga 40 aset daripada industri maritim dipamerkan dan pengunjung dapat menyaksikan sendiri kemunculan 'istimewa' aset maritim.

Katanya, LIMA 2023 juga dimeriahkan dengan empat hingga lima pertunjukan udara, antaranya Sukhoi Russia, August 1st dari China, Black Eagles (Korea) dan The Jupiter Aerobatic (Indonesia), sekali gus mencatat sejarah sebagai persembahan aerobatik udara terbesar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine, Anita Jacobson berkata, tiga hari pertama acara iaitu 23 hingga 25 Mei dikhususkan kepada pelawat perdagangan, manakala dua hari terakhir dibuka untuk pelawat awam menyaksikan pameran berkaitan aset pertahanan serta keselamatan negara.

LIMA 2023 yang bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’ berlangsung bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam. 

Pameran kali ini membabitkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pertahanan (bagi Industri Pertahanan Maritim dan Aeroangkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersial Maritim dan Aeroangkasa).

Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 manaka edisi seterusnya dijangka diadakan pada Mei 2025.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika berucap pada majlis penutupan LIMA ‘23 semalam dipetik BERNAMA sebagai berkata, LIMA ‘23 berjaya menghasilkan perjanjian bernilai RM17.6 bilion.

Menurutnya, 43 kontrak atau RM10.1 bilion adalah berkaitan pertahanan. - Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad