web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Ambil Perhatian Isu Perlindungan Hak Cipta Hasil Kerja Pengamal Media - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 1:04PM

Fahmi Fadzil dan Teo Nie Ching di reruai The Vibes dan Getaran melihat karya Ketua Jurufoto The Vibes dan Getaran, Sairien Nafis, bersama Editor Gaya Hidup dan Budaya The Vibes, Shazmin Shamsuddin serta Ketua Pengarang Petra News merangkap Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), selain menjaga kebajikan golongan berkenaan, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata di zaman ledakan teknologi kini, terdapat banyak hasil kerja pengamal media, termasuk gambar dan artikel, digunakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran, termasuk kandungan di media sosial.

"Saya terima aduan titik peluh rakan wartawan disalah guna, ada (gambar) yang tera air (watermark) dibuang. Ada kewajaran untuk kita adakan satu perbincangan dengan penyedia platform media sosial bagi mengekang isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) di Rumah Kelab persatuan itu di sini hari ini, dan turut hadir ialah timbalannya Teo Nie Ching serta Presiden PPMP Sayed Hesham Syed Idris. 

Sementara itu, isu kebajikan pengamal media seperti cadangan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), juga akan dibawa kepada perbincangan dengan organisasi media dan pihak berkaitan.

Fahmi berkata ketersambungan Internet dan ruang kerja untuk kemudahan media juga akan dibincangkan bersama dengan kerajaan negeri, kelab media setiap negeri dan agensi terlibat.

"Saya harap dengan adanya libat urus dengan kelab-kelab media setiap negeri, kita akan dapat kumpulkan lebih banyak input supaya kita dapat kenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi media ketika menjalankan tugas mereka," katanya.

Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada PPMP untuk digunakan untuk menaik taraf kemudahan di rumah media persatuan itu.

“Harapan saya dengan adanya Rumah Media Perak ini, selain daripada memberi ruang untuk bekerja, ia juga dapat menjadi  pusat berkumpul untuk aktiviti dari semasa ke semasa.

“Saya juga berharap dapat dikumpulkan aduan, cadangan dan pandangan untuk diserahkan kepada kerajaan negeri dan dari segi itu hubungan kerja yang sihat dapat kita pupuk, akhirnya manfaatnya adalah kepada rakyat Perak sendiri,” katanya.

Terdahulu Fahmi dan Teo meluangkan masa hampir sejam beramah-mesra dengan hampir 100 pengamal media Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar