Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Perlukan Media Yang Bebas, Berani Untuk Bersuara - Fahmi

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 11:55AM

Fahmi Fadzil juga berkata selaras dengan pertumbuhan pesat penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk dalam industri media, pengamal media digesa membantu kerajaan memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu dikaji - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tapi juga yang cukup berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata media sedemikian diperlukan bukan semata-mata untuk mewujudkan semak dan imbang, malah ia juga bertujuan memastikan bahawa suara semua pihak dapat didengar dengan jelas dan diberi perhatian.

"Malaysia ditempatkan di kedudukan ke-73 dalam indeks World Press Freedom 2023 yang dikeluarkan pertubuhan Reporters Without Borders, kedudukan tertinggi yang belum pernah dicapai Malaysia tahun-tahun sebelum ini, dan ia tidak seharusnya dipandang enteng, kerana masih ada banyak usaha yang perlu dilaksanakan.

“Jadi saya harap dalam tempoh beberapa hari ini, rakan-rakan media dapat duduk berbincang, mencambah buah fikiran, yang bukan sahaja akan dapat meluaskan pandangan kita, tapi juga akan mencari ikhtiar mengenai apa yang perlu kita lakukan demi masa depan industri ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Forum Media HAWANA 2023 di sini hari ini.

Forum dengan tema “Masa Depan Media” anjuran bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) itu diadakan bersempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Fahmi berkata selaras dengan pertumbuhan pesat penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk dalam industri media, pengamal media digesa membantu kerajaan memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu dikaji.

“Hari ini beberapa cabaran yang kita hadapi kini termasuk pertumbuhan pesat penggunaan AI, dan kita telah lihat bagaimana banyak negara sedang bergelut dengan persoalan mengenai Kecerdasan Buatan ini, sama ada dalam media mahupun di peringkat kerajaan.

“Namun bagi banyak pihak, banyak negara, persoalan ini tidak ditangani, jadi saya harap rakan-rakan media yang berada di sini hari ini juga akan membantu dalam memahami beberapa cabaran kawal selia yang perlu kita kaji, sama-sama memikirkan dan menerima pakai, dalam memastikan etika semasa AI ditangani secara menyeluruh oleh kerajaan,” katanya.

Oleh kerana perubahan besar dalam landskap media menyebabkan pihak media tidak mempunyai pilihan selain daripada mengikuti trend semasa, Fahmi menggesa media tradisional untuk berinovasi dan berubah, seperti menggunakan teknologi baharu dan menerima platform dalam talian.

“Adalah penting bagi mereka untuk mempunyai kandungan yang menarik dan penceritaan yang hebat lebih menonjol berbanding yang lain. Peranan media sosial yang besar dalam kehidupan orang ramai telah menimbulkan satu lagi kebimbangan, yakni penyebaran berita palsu dan maklumat salah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran Forum Media sempena HAWANA 2023, Fahmi berharap ia menjadi platform perbincangan yang bernas dan merangsang pemikiran serta melahirkan idea-idea inovatif bagi menjamin masa depan media di negara dan rantau ini.

“Harapan dan hasrat saya bahawa dari sini, hubungan yang terjalin akan membolehkan kita mengambil bahagian dalam rangkaian perbincangan yang lebih luas merangkumi seluruh ASEAN.

“Cabaran yang dihadapi ASEAN adalah sesuatu yang rakan media perlu membantu kami (kerajaan) juga. Jadi, hubungan yang baik dan sihat dengan organisasi media di seluruh ASEAN adalah sesuatu yang kita harap dapat direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Wartawan Kritikal Di London, Fahmi Minta Dana Tabung Kasih @HAWANA Disalurkan Segera

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

3

Semasa 10 bulan yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

4

Semasa 10 bulan yang lalu

HAWANA: 'Pengumuman Penting' Anwar Dinanti Pengamal Media

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 3 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi