web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Malaysia Alami Dehidrasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 5:20PM

Jemaah haji yang berada di Makkah dan Madinah dinasihatkan menjaga kesihatan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas yang mencecah hingga 40 darjah Celsius. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengesahkan terdapat jemaah haji negara yang mengalami dehidrasi akibat cuaca panas di Arab Saudi.

Tanpa mendedahkan jumlah jemaah terlibat, beliau berkata ia merupakan kes terpencil dan tidak serius.

“Mereka menghadapi dehidrasi bukan sehingga ke tahap strok haba, jadi apabila mereka balik ke hotel masing-masing dan ke klinik yang tersedia di setiap hotel (penginapan jemaah haji) di Madinah, mereka telah mendapatkan rawatan serta dinasihatkan untuk berehat.

Syed Saleh Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Azim Rahman
Syed Saleh Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Azim Rahman

“Selepas itu, dalam tempoh beberapa jam sahaja mereka telah pulih dan dapat melaksanakan ibadat serta aktiviti harian seperti biasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Justeru, beliau menasihatkan jemaah haji yang berada di Makkah dan Madinah menjaga kesihatan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas yang mencecah hingga 40 darjah Celsius.

Terdahulu, Syed Saleh menyambut ketibaan kumpulan pertama 284 jemaah haji Malaysia yang memasuki Makkah pada 3.30 petang semalam waktu tempatan, selepas berada enam hari di Madinah.

Turut hadir Pengerusi Mashariq, syarikat muassasah yang bekerjasama dengan Tabung Haji (TH) dalam mengendalikan jemaah bagi musim haji kali ini, Adnan Hussain Mandourah.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata susulan pergerakan darat antara bandar melibatkan jemaah haji telah bermula, Tabung Haji (TH) mengaktifkan pasukan peronda lebuh raya yang akan memantau pergerakan bas serta memberikan perkhidmatan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Pasukan kesihatan kita juga bersedia dengan ambulans untuk membantu para jemaah haji yang memerlukan bantuan rawatan sepanjang perjalanan di lebuh raya antara Madinah dan Makkah,” katanya.

Sementara itu, kumpulan pertama jemaah haji berkenaan menunaikan umrah kira-kira 9.30 malam pada Jumaat dengan dibimbing Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad