Berita Terkini

7 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2023

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 12:28PM

Fahmi Fadzil dan Teo Nie Ching ketika majlis pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Esplanade, Taman KLCC - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pemilihan tema itu selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Menurutnya, ia juga didukung konsep Malaysia MADANI sebagai kunci utama, yang diinspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

"Pemilihan tema ini hasil kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 pakar pelbagai bidang, antaranya ahli akademik, tokoh budaya, pengamal media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, ikon belia dan pempengaruh media sosial.

 "Seiring dengan aspirasi tersebut, suka saya umumkan logo Malaysia MADANI turut dipilih menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023," katanya ketika melancarkan logo dan tema HKHM 2023 di Esplanade, Taman KLCC, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2023 berkata logo yang menggambarkan “tangan yang diangkat” ialah simbolisme kepada ikrar Rukun Negara, manakala warna digunakan merupakan warna asas Jalur Gemilang, lambang kepada jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia.

Sempena pelancaran hari ini, Fahmi menyeru semua pihak untuk menggunakan, memaparkan dan menularkan logo dan tema HKHM di semua platform sebagai menzahirkan tanda cinta kepada negara selain membantu usaha mempromosi dan menyebarluaskan erti sambutan HKHM tahun ini.

“Semua agensi kerajaan serta rakan-rakan sektor swasta dan NGO (badan bukan kerajaan) turut digalakkkan untuk bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada negara melalui penganjuran program-program sempena HKHM 2023 pada peringkat organisasi dan komuniti masing-masing,” katanya.

Fahmi berkata tiga aktiviti utama akan diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 15 Julai di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak diikuti Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos di Putrajaya dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kuching, Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

Semasa 1 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 4 jam yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled