web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah Awang Askandar Selamat Tiba Di KLIA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 10:21AM

Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu, Sabah dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 2.15 petang ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah mangsa diterbangkan menerusi pesawat MH115 yang berlepas dari Kathmandu, Nepal semalam (26 Mei) pada pukul 11.30 malam (waktu Kathmandu).

Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu, Sabah dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada 2.15 petang ini.

Pada sesi penghormatan terakhir yang diadakan di Kompleks Kargo KLIA di sini hari ini, yang disertai lebih 70 anggota APM, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil dipimpin Lt Bersekutu Pertahanan Awam Miszlee Samais.

Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff turut berkenan berangkat menziarahi jenazah dan memberi penghormatan terakhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali semalam dilaporkan berkata atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar, Sabah dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormatan APM.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut.

Allahyarham ketika itu bersama seorang lagi pendaki negara Muhammad Hawari Hashim, 33, yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang setelah berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu dan usaha mencarinya masih dijalankan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Everest: Operasi SAR Hawari Ditamatkan Awal Sehari

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pendaki Malaysia Stabil, Dirawat Di HCTM UKM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Nepal Bantu Bawa Jenazah Awang Askandar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jenazah Awang Askandar Dijangka Tiba Di KLIA Awal Pagi Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad