web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendaki Malaysia Stabil, Dirawat Di HCTM UKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 1:13PM

RJ Nagarajan berjaya menakluk puncak Everest pada 22 Mei lalu - Gambar Facebook Khafiz Al Kicok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendaki Malaysia, RJ Nagarajan yang berjaya menakluk Gunung Everest pada 22 Mei lalu, dilapor dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM). 

Pejabat Pro Naib Canselor UKM memaklumkan, ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, disambut pasukan perubatan HCTM dan dipindahkan terus ke hospital menggunakan ambulans. 

“Nagarajan selamat tiba di Malaysia pada jam 6.30 pagi menaiki pesawat Malaysia Airlines diiringi pengasas ZeroTo8000, Mohd Khafiz Bachok.

“Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur) mendoakan beliau kembali sihat seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Nagarajan, 59, yang berjaya menakluk puncak Everest pada 22 Mei lalu diselamatkan beberapa sherpa selepas mengalami simptom buta salji ketika dalam perjalanan turun dari puncak tertinggi dunia itu menuju ke kem empat Everest.

Simptom yang terjadi kesan pantulan pancaran sinar matahari ke atas salji itu menyukarkan penglihatan dan membataskan pergerakan turun Nagarajan, selepas menawan puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter menerusi misi program ZeroTo8000.

Nagarajan menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua versi Ralhold Messner dan pendaki keempat di Malaysia, yang dikenali sebagai 'World 7 Summit', iaitu antara pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian.

Sebelum ini, Nagarajan yang lebih mesra dipanggil RJ ataupun Rajan, berjaya mendaki Gunung Aconcagua di Argentina pada ketinggian 6,961 meter iaitu puncak tertinggi di benua Amerika Selatan, Gunung Denali di Amerika Syarikat (6,194 meter, di benua Amerika Utara) dan Gunung Kilimanjaro di Tanzania (5,895 meter, di benua Afrika).

Selain itu, beliau juga pernah mendaki Gunung Elbrus di Rusia pada ketinggian 5,642 meter iaitu puncak tertinggi di benua Eropah, Gunung Vinson (4,892 meter, di benua Antartika), Gunung Kosciuszko di Australia (2,228 meter, di benua Australia) dan Gunung Mont Blanc, di Perancis dan Puncak Jaya di Irian Jaya, masing-masing pada ketinggian 4,810 dan 4,884 meter.

Nagarajan mengambil masa tujuh tahun sejak tahun 2016 untuk melengkapkan semua pendakian tersebut. – Getaran, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Everest: Operasi SAR Hawari Ditamatkan Awal Sehari

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Nepal Bantu Bawa Jenazah Awang Askandar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jenazah Awang Askandar Selamat Tiba Di KLIA

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jenazah Awang Askandar Dijangka Tiba Di KLIA Awal Pagi Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad