web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Paparan Elektronik Selamat Hari Wartawan Tanda Terima Kasih Kami Untuk Media’ - PLUS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:00PM

Organisasi swasta turut mengambil inisiatif untuk bersama-sama memeriahkan hari istimewa khusus buat pengamal media tempatan itu menerusi idea menarik. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemeriahan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang bakal disambut pada 29 Mei ini, semakin terasa dengan bermacam cara dilaksanakan pelbagai pihak.

Selain komitmen agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), organisasi swasta turut mengambil inisiatif untuk bersama-sama memeriahkan hari istimewa khusus buat pengamal media tempatan itu menerusi idea menarik.

Antaranya, usaha dilakukan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menyiarkan ucapan sempena HAWANA 2023 menerusi paparan elektronik di beberapa kawasan di sepanjang lebuh raya kendaliannya, termasuk PLUS dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

“Selamat Hari Wartawan Nasional,” antara kata-kata di paparan itu.

Iskandar Dzulkifli - Gambar PLUS
Iskandar Dzulkifli - Gambar PLUS

Pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Iskandar Dzulkifli berkata, inisiatif dilaksanakan syarikat konsesi lebuh raya itu adalah sebagai ‘hadiah’ bagi menyatakan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama berterusan diberikan wartawan kepada organisasi berkenaan.

“Kami (PLUS) melaksanakan inisiatif memberikan ucapan sempena Hari Wartawan Nasional menerusi paparan elektronik di lebuh raya ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kerjasama diberikan media kepada kami.

“Pertamanya, dari aspek advokasi keselamatan jalan raya, kita menjalin kerjasama dengan media untuk kita educate public (mendidik masyarakat) dan kerana itu kita sokong Hari Wartawan Nasional ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, peranan media dalam membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat sememangnya besar dan tidak dinafikan.

“Pihak PLUS mengucapkan selamat menyambut Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di negara ini, sama ada yang masih bertugas ataupun pernah bertugas sebagai wartawan.

“Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pihak media,” katanya.

Sambutan utama HAWANA yang bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ bakal berlangsung di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei ini.

Acara itu diadakan bagi memberi penekanan terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas mereka.

Pelbagai program menarik berbentuk karnival akan diadakan sepanjang tiga hari acara itu yang turut bakal membabitkan pelbagai agensi keusahawanan dan pelancongan di negeri berkenaan, bagi mempromosikan produk masing-masing.

Majlis Kemuncak HAWANA akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei.

Berhubung sambutan HAWANA, ia bukan sahaja hari istimewa bagi menghargai media, tetapi peluang kepada pengamal bidang komunikasi itu untuk bertemu dan beramah mesra, selain bertukar pandangan serta mengadakan perbincangan bersama masyarakat tempatan.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, bertujuan meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium untuk membentuk minda masyarakat bermaklumat dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri.

Roslan Ariffin - Gambar Bernama
Roslan Ariffin - Gambar Bernama

Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin dilaporkan berkata, HAWANA 2023 dilihat mampu mewujudkan situasi menang-menang antara media dan kerajaan dalam konteks kebebasan media.

Katanya, ia kerana media memerlukan sebuah kerajaan yang membenarkan mereka menjalankan tanggungjawab secara bebas, manakala kerajaan pula memerlukan media dalam membantu pembangunan negara.

“Tema HAWANA 2023 kali ini jelas menggambarkan bagaimana sesebuah negara demokrasi itu, di belakangnya adalah satu media yang bebas. Di Malaysia, kebebasan media ini amat digalakkan.

“Jadi dalam usaha ini, kita mengharapkan wujud kerjasama baik yang berterusan antara kedua-dua pihak (media dan kerajaan),” katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM, baru-baru ini seperti dilaporkan Harian Metro.

Roslan berkata, situasi media di Malaysia berada pada kedudukan baik dan ini dapat dibuktikan apabila negara berada di tangga ke-73 menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2023, malah tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

“Kita berjaya memperbaiki indeks kebebasan akhbar itu berbanding tahun lepas yang berada pada kedudukan 113 daripada 180 negara.

“Itu yang dikatakan sebuah media bebas akan memberikan kelebihan kepada sesebuah negara,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Sehingga 1.9 Juta Sabtu Ini - PLUS

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

oleh Wartawan Getaran