web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:50AM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika berucap pada sesi taklimat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan melawat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma BERNAMA, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)  menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan supaya penyebaran berita palsu diperangi secara menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, BERNAMA selaku agensi di bawah kementerian berkenaan, menjunjung tinggi titah baginda yang menekankan supaya organisasi media itu memperhebatkan usaha memerangi berita palsu yang disifatkan sebagai satu daripada masalah yang perlu ditangani dengan tuntas.

"Mewakili BERNAMA saya menjunjung kasih atas titah nasihat Tuanku dan bersama barisan warga kerja BERNAMA kita akan usahakan untuk kita perangi fitnah dan penyebaran berita palsu ini secara menyeluruh, termasuk dengan kerjasama daripada rakan media yang lain.

"Dalam hal ini, pihak BERNAMA juga menyembah maklum mengenai portal khas dikenali MyCheck Malaysia (MyCheck) yang diwujudkan sebagai antara platform menyemak kesahihan fakta yang tular di media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan berangkat melawat ibu pejabat BERNAMA di sini, hari ini.

Fahmi berkata, beliau bersama pengurusan tertinggi BERNAMA akan meneliti keperluan memperkukuhkan unit MyCheck bagi memperhebatkan lagi usaha menangkis penyebaran berita palsu supaya ia boleh bergerak seiring dengan pasukan sebenarnya.my yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan juga segmen 'Biar Betul!' terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, selain inisiatif yang dilaksanakan agensi media milik kerajaan, usaha membanteras penularan berita palsu juga menuntut penglibatan menyeluruh organisasi media lain supaya tindakan itu dapat dilaksanakan dengan lebih tuntas dan menyeluruh.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya turut menjunjung tinggi titah baginda yang menyarankan BERNAMA menjadi sumber rujukan yang berfungsi seperti 'arkib atau muzium' dalam merakamkan perkembangan bidang kewartawanan negara.

"Kita tidak ada satu tempat untuk menunjukkan perkembangan bidang kewartawanan...memandangkan BERNAMA telah wujud sejak 1968, maka sudah pasti banyak segi evolusi perkembangan dunia kewartawanan, BERNAMA pastinya sangat-sangat terlibat.

Dengan pelbagai peralatan dimiliki, daripada hibrid kepada digital, BERNAMA sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada arkib atau muzium yang memaparkan perkembangan dunia kewartawanan di Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, beliau akan membawa Memorandum Jemaah Menteri berhubung keputusan mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan 5G antaranya berhubung penubuhan rangkaian kedua 5G untuk perhatian kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet akan datang.

Beliau berkata, penubuhan rangkaian kedua 5G menjadi antara keputusan perlu diputuskan dalam mesyuarat itu supaya sebarang perkembangan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian dapat diumum selepas sambutan Tahun Baharu Cina, bulan depan.

"Semalam, saya mengadakan pertemuan dengan semua ketua pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi dan mereka memaklumkan untuk bangunkan rangkaian kedua, ia tidak akan memakan masa yang lama, mungkin sekitar 12 ke 18 bulan sahaja.

"Dalam hal ini, Insya-Allah saya akan bawa Memorandum Jemaah Menteri ke perhatian jemaah menteri dalam masa terdekat supaya satu keputusan boleh dicapai membolehkan penubuhan rangkaian kedua 5G diputuskan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, semua pengendali rangkaian mudah alih bersetuju tiada caj tambahan akan dikenakan terhadap pengguna yang menaik taraf langganan kepada rangkaian 5G.

"Saya sudah bertemu pengendali syarikat telekomunikasi dan mereka bersetuju tidak kenakan sebarang bayaran ke atas pengguna yang menaik taraf langganan kepada rangkaian 5G," katanya merujuk kepada isu segelintir pengendali rangkaian mudah alih mengenakan caj tambahan kepada pengguna masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Tiba Di Arab Saudi Untuk Lawatan Negara 4 Hari

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 21 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar