Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 1 jam yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 1 jam yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 1 jam yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 1 jam yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2023 8:30PM

Berdasarkan statistik NSRC, penipuan itu membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM104.8 juta. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 11,858 panggilan daripada mangsa penipuan diterima Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak kira-kira enam bulan lalu, iaitu pada 12 Oktober 2022 hingga April 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan statistik NSRC, penipuan itu membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM104.8 juta.

“Semenjak penubuhan NSRC pada 12 Oktober 2022 hingga April 2023, jumlah panggilan diterima daripada orang ramai adalah sebanyak 30,069. Sejumlah 11,858 panggilan daripada mangsa penipuan.

“Kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sebanyak 3,595 bagi kes kesalahan penipuan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala 33 kertas siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram. Tiada kertas siasatan ditutup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan dikemukakan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, berhubung perbandingan trend dan bilangan kes penipuan dalam talian mengikut tahun, negeri, umur, etnik mangsa serta jumlah wang terbabit, bagi jangka masa lima tahun terkini, selain berapa bilangan pelaku sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman.

Azalina menegaskan, sebanyak 50,128 tangkapan bagi jenayah penipuan dalam talian dilakukan bagi lima tahun terbabit.

Manakala, katanya, sebanyak 33,639 jumlah pertuduhan dicatatkan bagi penipuan dalam talian membabitkan tempoh sama.

“Statistik yang sudah dianalisa untuk jangka masa lima tahun kebelakang sehingga April 2023 pula, menunjukkan jumlah kerugian sebanyak RM2,955,035,941.

“Terdapat peningkatan kes penipuan dalam talian bagi tempoh terbabit,” katanya.

Pada masa sama, Azalina berkata, berdasarkan data perbandingan trend itu, terdapat tujuh kategori penipuan dalam talian dicatatkan bagi tahun 2018 sehingga 2023, iaitu pembelian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan, love scam, phone scam, business emel compromise (BEC) dan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Daripada jumlah itu, tiga kes tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur membabitkan pembelian dalam talian, pelaburan dan BEC.

“Manakala diikuti dengan negeri Selangor dan Johor, masing-masing mencatatkan laporan kes tertinggi penipuan dalam talian ini bagi kategori love scam, phone scam, pinjaman tidak wujud dan tipu SMS,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, keberkesanan NSRC terletak pada ciri pengoperasiannya, iaitu pertama, membolehkan mangsa penipuan membuat aduan secara mudah dengan hanya mendail nombor 997.

Menurutnya, sebaik sahaja aduan mangsa diterima, pihak NSRC yang turut dibantu institusi kewangan, mampu untuk mengesan jejak kewangan mangsa.

Sekiranya wang mangsa dikesan masih berada di dalam sistem perbankan, katanya, tindakan sekatan boleh dilaksanakan.

“Tindakan sekatan ini dapat menghalang pelupusan wang mangsa dan memberi peluang untuk membolehkan wang itu dikembalikan semula kepada mangsa kelak.

“Kesepaduan tindakan pihak agensi penguat kuasa di bawah NSRC pula membolehkan modus operandi yang dijalankan sindiket penipuan ini dikenal pasti dengan lebih pantas, selain penyiasatan lanjut dapat dilaksanakan secara berkesan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, NSRC menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dibantu industri telekomunikasi, dapat mengenal pasti nombor telefon digunakan dalam perlakuan kesalahan penipuan itu.

“Tindakan sekatan dan penamatan perkhidmatan nombor telefon berkenaan juga boleh diambil.

“Nombor akaun dan telefon terbabit itu juga akan direkodkan di dalam sistem Semak Mule PDRM, sebagai rujukan serta panduan, termasuk membolehkan orang awam membuat semakan sebelum mereka meneruskan transaksi kewangan mereka,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Hina Institusi Raja: Kertas Siasatan Dr Mahathir Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara, Selasa Ini

2

Semasa 1 hari yang lalu

Video Bayi Perempuan Dikasari Berlaku Di Pusat Jagaan Di Batu Caves

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Melaka Tahan 12 Individu Terlibat Penipuan Dalam Talian, Rasuah Polis

4

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Larikan Perodua Axia

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Sempadan Pulau Pinang-Kedah: Tindakan Akan Diambil Terhadap Penyebar Maklumat Palsu

Semasa 1 hari yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Solat Jumaat Di Semenyih, Kehadiran Disambut Meriah

oleh Wartawan Getaran