web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Ambil Garam Melebihi Saranan, Tingkat Risiko Hipertensi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 5:05PM

WHO menganggarkan lebih kurang 30 peratus populasi dewasa menghidap hipertensi dengan separuh daripada mereka tidak menyedari perkara itu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan Kajian Pengambilan Garam Populasi Malaysia (MyCoSS) pada 2019 adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau 1.6 sudu teh, melebihi saranan iaitu kurang daripada 5.0 gram sehari.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Hipertensi dan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2023 hari ini berkata pengambilan garam melebihi saranan yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi.

“WHO menganggarkan lebih kurang 30 peratus populasi dewasa menghidap hipertensi dengan separuh daripada mereka tidak menyedari perkara itu.

“Lebih menggusarkan lagi, hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi mempunyai tekanan darah terkawal. Sekiranya hipertensi tidak dicegah dan dirawat, ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kanser dan kerosakan buah pinggang,” katanya.

Dalam meningkatkan kesedaran rakyat negara ini, Lukanisman berkata KKM menyarankan lima panduan iaitu mengehadkan pengambilan garam; membaca label makanan sebelum dibeli; mengehadkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan tiruan dan mengutamakan perisa semula jadi.

Selain itu, mengamalkan konsep CERDIK iaitu cergaskan diri, elak pengambilan alkohol, berhenti merokok, diet seimbang, berat badan ideal dan kendali stress. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

IHR, Perjanjian Pandemik: Malaysia Berpegang Kepada Prinsip Kesaksamaan Dan Solidariti - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WHO Mohon Pembiayaan Segera Bantuan Kemanusiaan Untuk Palestin

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad