web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Fokus Beberapa Keutamaan Untuk Tangani Isu Kritikal Tahun Ini - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 7:08AM

Fahmi ketika berucapa pada Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 sempena penganjuran LIMA'23, di sini semalam. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kerajaan Malaysia akan memfokus kepada beberapa keutamaan yang memainkan peranan penting dalam menangani isu kritikal seperti ketidaktentuan ekonomi, bencana alam dan kualiti hidup rakyat pada tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kesemua keutamaan itu termasuk membangunkan model pencegahan bagi bencana alam, kesihatan dan keterjaminan makanan, sistem untuk merapatkan jurang antara masyarakat luar bandar dan bandar serta inisiatif inovasi sosial dalam usaha menambah baik kehidupan rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata antara alat paling penting dalam menangani kesemua cabaran ialah penggunaan teknologi angkasa.

"Walaupun sesetengah orang mungkin bimbang mengenai hala tuju teknologi maju termasuk peningkatan potensi ke arah kemusnahan bumi, teknologi angkasa bukan sahaja mampu membawa manfaat ketara yang besar dalam pelbagai bidang kehidupan tetapi juga telah memperdalam pemahaman mengenai apa yang dianggap sebagai intipati kemanusiaan.

"Kemajuan dalam teknologi angkasa sudah pasti akan mengubah realiti fizikal pada abad berikutnya dan mungkin memastikan kelangsungan hidup manusia," katanya dalam ucaptama di Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 sempena penganjuran Pameran Maritim dan Angkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'23) di sini semalam.

Sebahagian peserta Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 sempena LIMA'23.
Sebahagian peserta Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023 sempena LIMA'23.

Beliau berkata Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan teknologi angkasa sebagai sebahagian daripada pembangunan negara secara keseluruhan.

Fahmi berkata seperti yang digariskan dalam program Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030), sektor angkasa lepas dijangka menyumbang sehingga RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2030 melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030.

Beliau berkata kesemua keutamaan ini adalah selaras dengan rancangan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Fahmi berkata bagi menjayakan usaha kerajaan untuk menjadikan angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara, Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2020 telah diwartakan pada 25 Jan 2022 dan berkuat kuasa secara separa pada 4 Ogos dengan matlamat ia dikuatkuasakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

"Ini membuktikan Malaysia memiliki ekosistem angkasa yang sanggup menyokong bukan sahaja program kerajaan tetapi yang lebih penting, pemain domestik dalam industri swasta dan rakan kongsi antarabangsa mereka," katanya.

Fahmi berkata hasilnya, kita akan dapat menarik lebih banyak syarikat domestik dan antarabangsa dalam bidang angkasa untuk melabur serta menjalankan perniagaan di Malaysia termasuk operasi pelancaran satelit.

"Kami percaya ekosistem angkasa yang kondusif dan disokong oleh undang-undang negara amat penting kerana ia membina keyakinan pelabur dengan menyediakan peraturan serta syarat jelas bagi aktiviti yang ingin mereka ceburi," katanya.

LISF adalah acara yang berlangsung selama dua hari bertujuan memberi penekanan terhadap kepentingan sains dan teknologi angkasa untuk pembangunan serantau yang mampan di Asia Tenggara.

Tumpuan teras acara itu berkisar kepada ekonomi Angkasa Baharu, penggunaan teknologi angkasa secara aman dan pendemokrasian akses kepada angkasa. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad