web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Muda Perlu Miliki Idealisme, Elak Jadi Pak Turut - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:00PM

Anwar ketika menyantuni program Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Kolej Vokasional Langkawi, di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu generasi muda yang bakal menjadi pewaris pimpinan negara mempunyai nilai dan idealisme untuk membawa perubahan kepada diri sendiri dan masyarakat. 

Anwar berkata idealisme itu dapat membantu anak muda mencari erti kebenaran dan keadilan sekali gus menolak sebarang bentuk kezaliman dan penindasan di negara ini.

“Sekarang saya memegang amanah, saya nak jadikan anak muda itu generasi baharu yang boleh berfikir, boleh menimba ilmu dan menilai dengan baik dan tahu apa itu mungkar, kezaliman, penindasan dan penipuan.

Sama ada orang politik, profesional dia tak peduli malah dia tak peduli parti mana pun. Kalau dia bersalah dia tetap bersalah...kerana dengan menilai benar atau tidak dan mengkaji, anak muda tidak mudah jadi pak turut atau ikut membuta tuli,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Kolej Vokasional Langkawi, di sini hari ini.

Anwar turut mengingatkan anak muda agar tidak meninggalkan budaya membaca kerana ilmu dapat membantu mereka membuat penilaian dengan lebih baik dan menegakkan keadilan terhadap sebarang isu. 

Ditanya mengenai sikap anak muda kini yang lebih gemar kepada media sosial, Anwar berkata beliau memilih untuk melihatnya daripada sudut positif iaitu memastikan penggunaannya untuk tujuan baik dan tidak terlalu obsesif. 

“Saya tidak mewakili pandangan negatif terhadap orang muda...dia jangan (sampai) jadi taksub dan obsesi sampai tak boleh fikir...bagi saya tidak membebankan, selagi dia ada nilai, dia membaca dan jadi manusia baik dan tahu beza minat dan tak ganggu keutamaan tidak apa,” katanya.

Bagi menjawab soalan mengenai bantuan e-Tunai Belia Rahmah, Anwar berkata ia akan disalurkan pada Jun ini.

E-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 merupakan inisiatif diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2023 bagi membantu meringankan kewangan golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan RM400 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad