web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat: Perdana Menteri Akan Jelaskan Penarikan Rayuan Kes Kalimah 'Allah' Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 9:24AM

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan oleh penganut Kristian akan dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Anwar dijadual berbuat demikian bagi menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebelum membuat keputusan sedemikian. 

Pada 15 Mei, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama bagi tujuan pembelajaran.

Pada sesi MQT, Rodziah Ismail (PH-Ampang) juga dijadual bertanya mengenai beberapa isu berkaitan tatakelola kerajaan dalam melaksanakan rangkaian Internet 5G manakala Tan Hong Ping (PH-Bakri) ingin tahu jika masa operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) akan dipanjangkan kepada 24 jam.

Turut menjadi tumpuan hari ini adalah persoalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) pada sesi soal jawab mengenai perancangan kerajaan mengatasi masalah sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol.

Selain itu, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula ingin tahu apakah langkah Kementerian Pendidikan bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi semua pihak dan bilakah tahun persekolahan dapat kembali dimulakan pada awal Januari.

Sejurus selepas sesi soal jawab, Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023 dijangka akan dibaca buat kali kedua dan dibahaskan. 

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 6 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad