web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MCMC Perkasa Kerjasama Dengan META, Kekang Aktiviti Bercanggah Undang-Undang Di Facebook

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 8:34PM

MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Meta minggu lepas dan antara yang dibincangkan ialah kawalan terhadap laman Facebook. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkasa jalinan kerjasama dengan Meta Platforms Inc (Meta) dalam usaha mengekang aktiviti di laman Facebook yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Meta minggu lepas dan antara yang dibincangkan ialah kawalan terhadap laman Facebook yang terlibat dengan perjudian dalam talian selain iklan pelaburan tidak wujud atau scam.

“Saya harap kerjasama kita menerusi MCMC dengan Meta ini terus erat dalam usaha kita mengekang sebarang penyalahgunaan di platform berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun ke-56 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Wisma Bernama hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Roslan Ariffin dan Pemangku Ketua Pengarang BERNAMA Jamaluddin Muhammad.

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Fahmi berkata demikian ketika mengulas dakwaan pemilik akaun Telegram Edisi Siasat kononnya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap semua aktiviti serta iklan perjudian di laman Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata KKD menerusi MCMC juga sedang meneliti untuk mengenakan tindakan tegas terhadap pengguna aplikasi Telegram yang memuat naik kandungan pornografi dan menjual dadah selain ubat-ubatan yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Semua perkara ini amat merisaukan kerana melanggar undang-undang, dari awal pentadbiran (Kerajaan Perpaduan) saya dah arah panggil (pihak) Telegram (untuk cari penyelesaian) isu ini tapi sehingga kini, mereka enggan maka saya minta MCMC teliti tindakan tegas yang sepatutnya,” katanya.

Fahmi turut mengucapkan tahniah kepada BERNAMA atas sambutan ulang tahunnya yang ke-56 dan menyifatkan ia sebagai sebuah agensi berita yang mempunyai peranan penting dalam pelaporan berita serta peristiwa bersejarah negara.

“Tahniah BERNAMA… antara penggerak utama industri media di Malaysia, juga selaku penganjur sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

“Dalam pada itu, perubahan dalam industri media ini akibat perkembangan media sosial perlu diteliti bersama dan saya serta kementerian sedia membantu BERNAMA,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad