web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapasiti Vaksinasi PPV WTCKL Dipertingkat Kepada 8,100 Dos Sehari Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 8:21AM

Petugas-petugas kesihatan memberi suntikan vaksin AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca WTCKL pada 5 Mei. - Gambar SAIRIEN NAFIS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kapasiti vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi vaksin AstraZeneca dipertingkat kepada 8,100 dos sehari mulai hari ini sekali gus menjadikan ia PPV berskala paling besar di Malaysia setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) Dr Anas Alam Faizi berkata sebelum ini, kapasiti vaksinasi yang mampu dilaksanakan di PPV itu hanya kira-kira 2,400 dos vaksin sehari.

Beliau berkata selain WTCKL, kapasiti PPV di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi vaksin sama turut dinaikkan daripada 900 kepada 1,300 dos sehari.

“Peningkatan kapasiti di PPV ini dapat melancarkan lagi proses pelalian vaksin AstraZeneca dan sebanyak 8,100 janji temu suntikan dijadualkan berlangsung hari ini di sini (WTCKL).

“Janji temu pertama pada 9 pagi dan dijangka suntikan terakhir adalah pada 8.30 malam.

“Bagi melancarkan lagi proses itu, kami turut sediakan laluan khas untuk individu OKU (Orang Kurang Upaya),” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata seramai 500 petugas kesihatan, petugas bukan kesihatan dan sukarelawan juga telah bersedia dan ditugaskan untuk melancarkan proses vaksinasi di PPV WTCKL.

Katanya orang ramai dinasihatkan hadir pada waktu yang ditetapkan seperti dalam notifikasi aplikasi MySejahtera mereka.

Dr Anas juga berkata PPV bagi vaksin AstraZeneca keempat iaitu di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) dijadualkan mula beroperasi pada 24 Mei ini dengan kapasiti vaksinasi sebanyak 3,000 dos sehari.

Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftaran suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei.

ProtectHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan dan tidak berasaskan keuntungan, telah dilantik sebagai pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad