web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Putera Mahkota Abu Dhabi Tiba Untuk Lawatan Khas 4 Hari Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 7:23AM

Sheikh Khaled disambut Tengku Hassanal semasa ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan tiba di sini malam tadi bagi memulakan lawatan khas empat hari ke Malaysia hingga 24 Mei.

Keberangkatan tiba baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.42 malam disambut oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sheikh Khaled kemudian diiringi Tengku Hassanal melalui Kawalan Kehormat Setempat oleh Angkatan Tentera Malaysia Unit I Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Muhammad Shafiq Najmi Mazlan.

Ini merupakan lawatan sulung baginda ke Malaysia sejak ditabal sebagai Putera Mahkota Abu Dhabi dan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi pada 29 Mac lepas.

Lawatan khas baginda dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept 2022.

Sheikh Khaled dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa semasa pertemuan itu.

Pada hari ini juga, baginda akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

UAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat sebanyak 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion berbanding RM22.33 bilion bagi tahun sebelumnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad