web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasuh Mengaku Salah Cuai Terhadap 2 Bayi Di Taska

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 2:29PM

Nurul Shahira A'shiqin Sulaiman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan bertindak cuai terhadap dua bayi di sebuah taska, Mac lepas. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pengasuh taska mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai terhadap dua bayi di sebuah taska, Mac lepas.

Nurul Shahira A'shiqin Sulaiman, 28, sebagai yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dan seorang bayi lelaki berumur tujuh bulan ketika itu, didakwa telah bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Wanita tersebut dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah taska di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini, di sini, kira-kira 1 tengah hari, Mac lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, dan sebagai tambahan tertuduh boleh dikenakan bon berkelakuan baik serta melaksanakan khidmat masyarakat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha'ari, manakala Peguam Syufri A. Samad mewakili tertuduh.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk mendengar fakta kes, sebelum menjatuhkan hukuman.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin warga tempatan bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah selain dia tidak boleh mengganggu mangsa-mangsa dan saksi pendakwaan.

Pada 15 Mei lepas, tular dua video berdurasi 48 saat dan 39 saat di media sosial, yang menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi yang sedang menangis.

Susulan itu, pada 16 Mei lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata seorang wanita tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Aniaya Bayi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Berusia 6 Bulan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Sahkan Bayi Cedera Akibat Jatuh Di Lantai Bukan Didera

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad