web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Aniaya Bayi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 3:12PM

Anggota polis membuka gari pengasuh, Nur Anis Idayu Mohd Khir (tengah) selepas hakim memerintahkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang orang penjamin, selain dilarang mengganggu saksi dan mangsa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia empat bulan sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Nur Anis Idayu Mohd Khir, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Southville City, Dengkil pada 15 November lepas antara jam 11 pagi hingga 5.43 petang.

Wanita itu dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah memohon mahkamah tidak memberikan jaminan kepada tertuduh kerana ia kesalahan yang tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 jika mahkamah membenarkannya.

Peguam Ridzwan Warisi memohon mahkamah membenarkan anak guamannya diikat jamin atas alasan tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak dapat mendekati saksi serta mangsa, memandangkan telah berpindah ke rumah kakak iparnya.

Hakim Dr Azrol Abdullah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain dilarang mengganggu saksi dan mangsa.

Mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan kes.

Nur Anis Idayu yang memakai baju kurung berwarna hijau hadir di mahkamah ditemani suami dilihat menangis teresak-esak selepas membayar wang jaminan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad