web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Berusia 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 3:55PM

Bayi perempuan itu meninggal dunia disyaki didera ketika berada di bawah jagaan tertuduh - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -- Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang di bawah jagaannya minggu lepas.

Tan Wooi Cheng, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Cheong Si Yu di nombor 60, Persiaran Klebang Selatan 5, Tawas Indah, Chemor, di sini pada kira-kira 12 tengah malam pada 9 Julai hingga 11 pagi, 12 Julai lepas.

Tan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, boleh dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili Peguam J. Matthews.

Matthews kemudian memohon mahkamah membenarkan anak guamnya yang menghidap penyakit Tiroid, untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Okt sebagai tarikh sebutan semula bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Pada 15 Julai, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia, disyaki akibat didera ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Taman Tawas Indah, di sini.

Bayi malang itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, selepas dua hari berada dalam keadaan koma. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad