web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Bayi Cedera Akibat Jatuh Di Lantai Bukan Didera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 6:36PM

Siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR GUDANG - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan membabitkan bayi lelaki 10 bulan di kediaman pengasuhnya di Taman Kota Masai di sini seperti yang tular di laman sosial pada Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt. Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai.

“Kita menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan yang juga warga tempatan berusia 27 tahun memaklumkan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun pada 9 pagi 23 Februari lepas di Taman Kota Masai.

"Pada 5 petang hari sama, isteri lelaki berkenaan menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka jatuh tersembam di atas lantai dan apabila isteri pengadu mengambil anaknya dari rumah pengasuh dia kesan kecederaan benjol pada bahagian dahi dan kemerahan pada kedua belah pipi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Suhaimie berkata mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaan yang mendapati dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri dan atas kepala akibat terjatuh di atas lantai.

“Tiada kesan dipukul di anggota badan bayi berkenaan serta emosinya juga didapati interaktif, ceria dan stabil dan siasatan juga mendapati bayi berkenaan juga dihantar ke rumah pengasuh sebaliknya bukan pusat jagaan seperti dalam maklumat yang tular.

"Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan keputusan kes tiada tindakan selanjutnya kerana tidak wujud elemen kesalahan pengabaian, penganiayaan, pembuangan atau pendedahan terhadap mangsa yang jatuh tersembam," katanya.

Pada 23 Februari lepas, seorang wanita memuat naik imej bayi lelakinya yang serta khuatir cahaya matanya itu menjadi mangsa penderaan. Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai pihak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan