web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Nilai Perpaduan Aset Utama Negara- Al-Sultan Abdullah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 2:00PM

Al-Sultan Abdullah berkenan menyantuni orang ramai yang berpakaian tradisional pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara yang utama sekali demi masa depan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah rakyat juga harus mengurangkan perbezaan antara mereka dengan merapatkan jurang antara kaum dan agama.

“Seperti pepatah Inggeris, charity begins at home, berpatutanlah saya menyatakan di sini iaitu unity begins at home ataupun perpaduan bermula dari rumah,” titah baginda semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda pada 11 pagi disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan melancarkan lagu tema perpaduan yang menggabungkan pelbagai dialek di Malaysia bertajuk, Setia Perpaduan.

Minggu Perpaduan 2023 yang berlangsung dari 20 sehingga 28 Mei ini turut dijalankan di 15 lokasi di seluruh negara antaranya di Bertam Square, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Bertemakan “Perpaduan Dalam Kepelbagaian”,  objektif utama penganjuran Minggu Perpaduan adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat serta budaya dalam masyarakat Malaysia. - Bernama   

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad