web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan Antara Cadangan HWP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 10:15PM

HWP yang dijangka dibentangkan di Parlimen bulan hadapan, dibangunkan dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakyat, bagi memastikan ia bersifat holistik dan inklusif - Gambar lamar web KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang bebas dan berkecuali, bertujuan memantau dan memastikan pelaksanaan reformasi kesihatan efektif  merupakan antara cadangan yang diutarakan menerusi Kertas Putih Kesihatan (HWP).

KKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan HWP yang dijangka dibentangkan di Parlimen bulan hadapan, dibangunkan dengan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakyat, bagi memastikan ia bersifat holistik dan inklusif.

HWP antara lain menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan, iaitu transformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan dan memperkukuh asas sistem kesihatan dan tadbir urus.

Antara strateginya, penstrukturan semula peranan Kementerian Kesihatan (KKM), meningkatkan pelaburan untuk kesihatan dan memantapkan tenaga kerja untuk kesihatan.

“Antara manfaat atau impak reformasi kesihatan kepada rakyat ialah pelan yang berpaksikan individu berdasarkan keperluan perubatan atau kesihatan kepada seseorang, selain rawatan dari doktor atau pasukan kesihatan yang sama setiap kali diperlukan,” menurut kenyataan KKM yang setakat ini telah mengadakan tujuh sesi dialog awam HWP, di seluruh negara.

Kenyataan KKM memaklumkan HWP amat penting, dalam usaha mengukuhkan sistem kesihatan dan tadbir urus kesihatan negara dalam tempoh 15 tahun, selain memenuhi keperluan kesihatan rakyat.

Orang ramai boleh melayari laman rasmi HWP,   https://moh.gov.my/index.php/pages/view/kertasputihkesihatan bagi mendapatkan maklumat lanjut, berkongsi pandangan dan memberi input kepada HWP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Rencana 8 bulan yang lalu

Reformasi; Masih Menyala Atau Malap Dimamah Kuasa?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Putih Kesihatan Dibentang Di Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

4

Semasa 3 tahun yang lalu

HWP : Rakyat, Sila Beri Input Dan Cadangan - KKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad