web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kertas Putih Kesihatan Dibentang Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 9:17AM

Sabtu lepas, Dr Zaliha dilapor mengesahkan bahawa Kertas Putih Kesihatan telah dipersetujui Kabinet untuk dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat minggu ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan laman rasmi Parlimen, usul Kertas Putih itu dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas berakhirnya sesi perbahasan dan penggulungan usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Sebanyak 17 Ahli Parlimen sempat membahaskan usul Laporan Suhakam sebelum mesyuarat ditangguh semalam, manakala lima lagi akan menyambung perbahasan sebelum sesi penggulungan hari ini. 

Sabtu lepas, Dr Zaliha dilapor mengesahkan bahawa Kertas Putih Kesihatan yang merangkumi dasar komprehensif dalam mereformasikan sistem kesihatan untuk dilaksana secara berperingkat selama 15 tahun telah dipersetujui Kabinet untuk dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat minggu ini.

Sementara itu, antara yang menjadi tumpuan dalam sesi soal jawab hari ini ialah pertanyaan daripada Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 dan memperuntukkan baucar kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk menyertai pelan perlindungan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) pula meminta penjelasan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diletakkan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi memastikan kawalan tatatertib efektif dan meningkatkan integriti agensi itu. 

Beberapa soalan juga akan diajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya daripada Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) tentang usaha kementerian itu untuk menjaga kebajikan atlet veteran yang telah mengharumkan nama negara, terutamanya atlet Paralimpik.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula mahu KBS menyatakan pelan jangka panjang untuk meluaskan akses kepada kemudahan sukan dan rekreasi bagi mewujudkan keseimbangan antara kehidupan dengan kerja dalam kalangan rakyat.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 11 hari dan akan berakhir esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan Antara Cadangan HWP

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

3

Semasa 3 tahun yang lalu

HWP : Rakyat, Sila Beri Input Dan Cadangan - KKM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi