web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Terima Kunjungan Hormat Zhao Leji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:47PM

Anwar Ibrahim bersama Zhao Leji - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.

Pertemuan selama sejam di Perdana Putra itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Zao ke Malaysia bermula semalam. 

Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri  Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. 

Pada perjumpaan itu Anwar mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan China di atas layanan hebat yang dberikan kepada beliau semasa melakukan kunjungan hormat kepada Presiden China Xi Jinping dalam lawatan rasminya dari 29 Mac hingga 1 April lepas. 

Beliau berkata wujud minat daripada pihak China untuk melabur di Malaysia dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan.

Anwar berkata Presiden Xi dan beliau bersetuju supaya Malaysia dan China meneruskan pertukaran lawatan di peringkat tinggi dengan sasaran untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang telah ditingkatkan kepada  Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.

Beliau berkata Malaysia dan China juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti projek berkembar melibatkan kedua-dua negara, iaitu  Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan  Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV).

Anwar berkata kedua-dua negara juga terus mempromosikan pertukaran dan kerjasama antara  Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Parlimen Malaysia selain terus mempromosikan hubungan antara rakyat kedua-dua negara dengan meningkatkan kesalinghubungan, dengan Malaysia mengalu-alukan ketibaan lebih ramai pelancong dari China. 

Kedua-dua pihak juga menegaskan perkongsian kepercayaan mereka terhadap nilai bersama Malaysia MADANI dan wawasan “Community With a Shared Future for Mankind” untuk faedah bersama rakyat dan cadangan  Tabung Kewangan Asia adalah selari dengan aspirasi “Community With a Shared Future for Mankind”. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad