web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kaum Wanita Perlu Turut Dilibatkan Dalam Proses Membuat Keputusan Berkaitan Penyesuaian Iklim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 6:27PM

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah berkenan menyampaikan titah ucapan pada Majlis Perasmian 30th edition of the Associated Country Women Of The World (ACWW) Triennial World Conference 2023 hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kaum wanita seharusnya dilibatkan dalam proses membuat keputusan yang melibatkan penyesuaian dan pengurangan bahaya berkaitan iklim, kerana mereka juga terkesan dengan natijah perubahan iklim itu, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bertitah pada edisi ke-30 Persidangan Dunia Tiga Tahun Sekali, Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW), Tengku Hassanal bertitah suara wanita perlu didengar di semua peringkat membuat keputusan daripada perancangan sehingga peringkat pelaksanaan.

“Ia juga penting untuk memastikan wanita mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk penjagaan kesihatan reproduktif, dan keperluan kesihatan mereka diambil kira dalam usaha penyesuaian dan pengurangan bahaya berkaitan perubahan iklim,” titah baginda pada majlis pelancaran itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan perasmian persidangan itu. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat pada majlis itu.

Tengku Hassanal bertitah ACWW telah menekankan bahawa perubahan iklim boleh memberi impak yang besar, terutamanya kepada kesihatan wanita, sehubungan itu baginda bertitah menangani kesan khusus jantina akibat perubahan iklim, akan mewujudkan suasana yang lebih saksama dan mampan untuk semua.

“Inilah tugas-tugas yang dilaksanakan ACWW di peringkat tempatan, kebangsaan serta antarabangsa, dan ia akan terus dilaksanakan dengan baik pada masa hadapan. Anda mendapat sokongan dan iringan doa saya,” titah baginda.

Turut hadir di majlis ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ACWW ditubuhkan pada tahun 1929 untuk menyatukan wanita luar bandar dan organisasi mereka di seluruh dunia, di samping berusaha menangani cabaran yang dihadapi akibat isolasi komuniti, diskriminasi dan terpinggir dalam proses politik.

Keahlian ACWW merangkumi 82 negara, dan sejak 1947, persatuan itu telah meluluskan lebih 180 resolusi dasar melalui undian popular. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad