web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Alhamdulillah! Fahmi Lega Duta Asing Sambut Baik Dasar 5G Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan duta asing menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan terhadap dasar 5G negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata, reaksi itu lanjutan daripada sesi taklimat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama duta-duta asing mengenai dasar 5G negara, semalam.

“Saya memaklumkan keputusan Kerajaan Perpaduan melaksanakan pendekatan dwirangkaian bagi perkhidmatan 5G sebagai usaha mewujudkan persaingan sihat, sekali gus memacu kualiti perkhidmatan telekomunikasi negara.

“Pembangunan rangkaian 5G wajar diterajui semula pihak penyedia perkhidmatan apabila pencapaian liputan 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

“Alhamdulillah, mereka (duta-duta asing) menyambut baik penjelasan dan keterbukaan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Pada 3 Mei lalu, Fahmi berkata, kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan pada awal 2024.

Katanya, peralihan kepada model dwirangkaian itu akan dilaksanakan berpandukan syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian.

DNB membelanjakan RM1.889 bilion setakat 31 Disember lalu membangunkan prasarana dan rangkaian 5G tunggal ke seluruh negara.

Anggaran kos keseluruhan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia oleh DNB adalah berjumlah RM16.5 bilion bagi tempoh 10 tahun.

Ini merangkumi RM12.5 bilion bagi membiayai perkakasan rangkaian dan infrastruktur 5G, serta RM4 bilion bagi perbelanjaan kos korporat. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 31 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad