web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hospital Didakwa ‘Longgok’ Pesakit, Rawatan Ambil Sehari Suntuk 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:44PM

Sistem diamalkan ketika ini menyaksikan semua pesakit ‘dilonggokkan’ untuk didaftarkan di satu kaunter pendaftaran berpusat. - Gambar ihsan Parti Hijau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sewajarnya mempunyai sistem penyuraian (dispersal) bagi memastikan pesakit mendaftar terus di jabatan atau klinik kesihatan mengikut jenis penyakit masing-masing atau rawatan tertentu.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail mendakwa, sistem diamalkan ketika ini menyaksikan semua pesakit ‘dilonggokkan’ untuk didaftarkan di satu kaunter pendaftaran berpusat.

Dakwanya, sistem menyusun tarikh janji temu juga harus dikemaskini.

“Apa yang jadi di bahagian doktor pakar ialah jururawat di kaunter yang kendalikan jadual janji temu juga, terpaksa melayan (diganggu) pesakit baru yang hadir untuk ‘appointment’ (janji temu) jumpa doktor.

“Sebaliknya pesakit yang telah berjumpa doktor masih menunggu sejam lagi untuk peroleh tarikh janji temu baru,” dakwanya menerusi kenyataan.

Menerusi kenyataan sama, beliau berkongsi pengalaman membawa ibunya yang berusia 89 tahun dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) berkerusi roda ke Hospital Shah Alam semalam, dengan menyifatkan situasi dialami adalah sangat menyedihkan.

Dakwanya, ‘waiting time’ (masa menunggu) untuk proses berjumpa doktor, mendapatkan tarikh janji temu baru dan mengambil ubat menuntut tempoh hingga lebih enam jam. 

Dalam kes terbabit, dakwa Abdul Razak, ibunya terpaksa mengambil tiga nombor giliran bermula 8 pagi hingga kira-kira jam 5 petang.

‘Waiting time’ (masa menunggu) untuk proses berjumpa doktor, mendapatkan tarikh janji temu baru dan mengambil ubat menuntut tempoh hingga lebih enam jam. - Gambar ihsan Parti Hijau
‘Waiting time’ (masa menunggu) untuk proses berjumpa doktor, mendapatkan tarikh janji temu baru dan mengambil ubat menuntut tempoh hingga lebih enam jam. - Gambar ihsan Parti Hijau

“Pemerhatian saya sistem nombor giliran diamalkan pihak hospital untuk Jabatan Pesakit Luar wajar dikaji semula, dengan aliran kerja harus dikemaskini.

“Adalah wajar bagi seorang pesakit yang sudah ada janji temu tak perlu tunggu hampir dua jam untuk ambil nombor giliran di pendaftaran berpusat (central registration),” katanya.

Sepatutnya, beliau mendakwa, ibunya boleh terus ke bahagian doktor pakar memandangkan mereka sudah mempunyai janji temu.

“Nombor giliran mengambil masa hampir satu jam, tetapi berjumpa doktor hanya mengambil masa tak sampai lima minit.

“Tetapi lepas jumpa doktor proses seterusnya untuk mendapatkan tarikh janji temu mengambil lebih satu jam lagi, hanya nak dapatkan satu tarikh baru untuk berjumpa doktor lima, enam bulan kemudian. Dan proses ambil ubat di farmasi, makan sejam lebih dan sistem giliran juga merupakan antara sebab ia mengambil masa lama,” katanya.

Selain itu, Abdul Razak berkata, KKM perlu duduk dan melakukan ‘study’ (kajian) untuk melihat aliran kerja pergerakan pesakitnya dari satu bahagian ke satu bahagian bagi mendapatkan rawatan di hospital.

“Mana mungkin seorang pesakit yang sudah ada janji temu jumpa doktor, terpaksa mengharungi satu jangka masa panjang dalam keadaan mereka terpaksa kencing dan berak di dalam pampers (lampin pakai buang) di atas kerusi roda yang mereka duduk hampir enam jam?” katanya.

Abdul Razak berkata, jangan disebabkan pesakit itu terdiri dalam kalangan B40 atau miskin dan mendapatkan ubat-ubatan secara percuma atau pada harga minimal, KKM mengambil sikap tidak prihatin berhubung kepayahan mereka seperti terpaksa diharungi di kebanyakan hospital kerajaan di seluruh negara, termasuk membabitkan golongan warga emas serta OKU.

“Ramai sudah merungut kelewatan servis, terutama masa menunggu di hospital, tetapi sedih KKM masih belum bangkit dari tidurnya.

“Kena kaji dan menambah baik sistem penyuraian kerja di hospital ini, demi kepentingan rakyat umumnya. Parti Hijau Malaysia yakin kemampuan Kerajaan MADANI untuk melaksanakan perubahan ini,” katanya. – Getaran, 17 Mei 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar