Berita Terkini

1 jam yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 1 jam yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Kejayaan Saya Berkat Dicubit, Terima Kasih Cikgu - Dr Akmal Saleh

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 9:31PM

Dr Akmal turut memberikan cenderahati berbentuk coklat yang disertakan dengan pelekat memaparkan ucapan Selamat Hari Guru. - Gambar Facebook Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah menggapai kejayaan dalam pendidikan sehingga bergelar doktor perubatan, Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh tidak pernah melupakan jasa guru yang mengajar dan mendidik beliau.

Buktinya, dalam kesibukan menjalankan urusan seharian termasuk sebagai pemimpin politik, beliau tetap meluangkan masa turun padang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau Dua hari ini, iaitu tempatnya menimba ilmu ketika di bangku sekolah rendah.

Kedatangannya itu adalah bagi menemui guru yang menjadi penyumbang terhadap pencapaian baiknya kini.

Dr Mohamad Akmal berkata, kunjungannya ke sekolah itu juga bersempena Hari Guru yang diraikan di seluruh negara semalam, sebagai menunjukkan penghargaan terhadap komitmen, perjuangan dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.

Selain beramah mesra dan menyantuni guru di sekolah itu, beliau turut memberikan cenderahati berbentuk coklat yang disertakan dengan pelekat memaparkan ucapan Selamat Hari Guru.

“Ini ada coklat, tapi tak banyaklah penghargaan saya pada semua cikgu-cikgu, Cikgu Mimi, selamat hari guru ye, terharunya saya panjangnya beratur.

“Selamat Hari Guru, minta maaflah lambat sehari, inilah cikgu saya semua ini. Selamat Hari Guru,” katanya kepada setiap guru ketika menghulurkan coklat.

Detik kunjungannya itu dikongsikan Dr Mohamad Akmal menerusi video berdurasi 1 minit 23 saat di Facebook bersama kata-kata penghargaan terhadap semua guru berkenaan.

Malah, lebih menyentuh hati dan mengundang sebak, apabila Dr Mohamad Akmal memberikan penghargaan istimewa kepada seorang guru di sekolah itu yang dikenali Cikgu Fizah dengan menghadiahkan tiket mengerjakan umrah.

Katanya, guru itu adalah antara individu yang menjadi pendorong kejayaannya menerusi tunjuk ajar diberikan.

“Hadiah umrah untuk Cikgu Fizah. Cikgu yang mengajar saya sejak dari sekolah rendah yang banyak mengajar saya erti menjadi seorang manusia.

“Terima kasih atas tamparan, cubitan cikgu dulu yang menjadikan siapa diri saya hari ini.

“Tanpa cikgu siapa lah diri saya,” katanya menerusi keterangan di hantaran itu.

Reaksinya mencari Cikgu Filzah itu juga membuatkan guru wanita berkenaan tersentuh.

“Cikgu saya mana, cikgu Filzah, ada special (istimewa), sebab ini cikgu saya daripada saya darjah 1.

“Jadi selain dari coklat cikgu, saya nak bagi hadiah paling istimewa, saya nak hantar cikgu saya pergi umrah bulan 12 (Disember) ini,” katanya sambil menerima sorakan daripada guru lain sehingga membuatkan Cikgu Filzah tersentuh dan mengesat air mata.

Sikap tidak lupa diri dan merendah diri dimiliki Dr Mohamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dalam menghargai jasa gurunya, turut menarik perhatian warga maya yang memuji sikap terbabit.

Menerusi komen diberikan di hantaran itu, rata-rata mereka menyifatkan beliau sememangnya individu yang berbudi bahasa dan pemimpin berpekerti mulia serta menyenangkan semua pihak.

“Alhamdulillah mantan murid yang mengenang jasa, Merlimau tak salah memilih YB Dr Akmal Saleh, semoga Allah berkati kita semua,” kata Cg Puzi.

“Usaha yang sangat baik,” ujar Mohd Sah Jusman.

“Terharu tengah video ini,” tulis seorang lagi pengguna.

“Alhamdulillah. Inilah contoh YB terbaik yang pernah saya jumpa. Semoga Allah merahmati YB sekeluarga, amin…,” komen Papa Hot Kitchen.

“Alhamdulillah tengok video ini pun buat kita jatuh air mata,” kata Ina Putera,” katanya.

Ada juga netizen berkongsi bahawa sememangnya Cikgu Filzah amat tegas dalam mengajar dan mendidik demi memastikan pelajarnya berjaya.

“Cikgu Filzah paling legend. Buku terbang dari tingkat atas bangunan ke bawah terus. Haha. Siapa tak siap Matematik, buku terbang. Tiada maaf bagimu. Tapi cikgu itulah yang diingati hingga kini,” kongsi seorang pengguna. – Getaran, 17 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 hari yang lalu

5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Selepas Sumbang Gaji Wakil Rakyat, Dr Akmal Saleh Lelong Motor Kesayangan Bantu Athif

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Fadhlina Sidek Buat Kemunculan Istimewa Sebagai Pembaca Berita Bernama TV

4

Semasa 2 minggu yang lalu

KPM Umum 10 Prakarsa Termasuk Program Cuti-Cuti Cikgu Sempena Hari Guru 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 56 minit yang lalu

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Semasa 58 minit yang lalu

Perlu Konsisten Dalam Tingkatkan Kerjasama Untuk Mendepani Krisis Global

Semasa 55 minit yang lalu

Ketua Polis Pulau Pinang Terima 6 Keping 'Duit Mayat,' Nota Amaran

Semasa 1 hari yang lalu

'Semoga Seri Paduka Kekal Sihat Untuk Memerintah Negara' - Anwar

oleh Sophia Ahmad