web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fadhlina Sidek Buat Kemunculan Istimewa Sebagai Pembaca Berita Bernama TV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 8:02PM

Fadhlina bersiap sedia membaca berita yang juga penampilan sulungnya sebagai pembaca berita menerusi saluran Bernama TV. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat kemunculan istimewa sebagai pembaca berita dalam Segmen Khas Kelas 2023, Buletin Bernama, di saluran Bernama TV. 

Segmen khas selama kira-kira 15 minit sempena Hari Guru itu bakal disiarkan pada 8 malam dan 11 malam ini, yang akan mengetengahkan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) berkaitan sektor pendidikan dan guru.

“Ini bukan satu tugasan yang mudah tetapi alhamdulillah saya sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada warga berita pada hari ini, pertamanya kerana dapat merealisasikan cita-cita daripada kecil untuk membaca berita.

“Kedua, bagaimana pentingnya proses membaca berita… apatah lagi untuk menyampaikan maklumat kepada penonton dan pendengar, jadi (perlu) ada disiplin yang sangat kuat yang saya pelajari hari ini untuk menjadi seorang pembaca berita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Bernama hari ini. 

Beliau berkata dalam usaha menghargai guru dan mengangkat martabat profesion itu, KPM melaksanakan pelbagai usaha termasuk pengumuman 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru. 

Sementara itu, sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 pada 27 hingga 29 Mei ini, Fadhlina menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengamal media yang membuat liputan mengenai inisiatif  KPM sepanjang enam bulan beliau menjalankan tugas sebagai menteri.

Beliau berkata bagi memastikan maklumat sampai kepada rakyat dan akar umbi, media memainkan peranan yang sangat penting yang harus dilaksanakan dengan penuh integriti dan telus, selain memastikan maklumat tersebut tepat dan sahih. 

“Penting untuk kita didik masyarakat tentang bagaimana mendapatkan berita yang betul dan benar, semak sebelum mereka kongsikan kepada yang lain,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Guru Perlu Berjiwa Besar Depani Cabaran, Positif Terima Kritikan - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad