web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 2:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas dari negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A Sivanesan, berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Perak pada minggu depan.

"Ini merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan dan kerajaan negeri sentiasa bersama keluarga atau waris ketiga-tiga mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini. 

Mangsa dari Perak ialah Leftenan Sivasutan Thanjappan, 31; Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41; dan Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, 41.

Sivasutan meninggalkan seorang balu manakala Mohd Shahrizan meninggalkan seorang balu dan tiga cahaya mata berusia 15 hingga 21 tahun sementara Noorfarahimi meninggalkan suami dan tiga anak berusia 9 hingga 16 tahun.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada waris mangsa tragedi itu dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan yang berlaku.

Dalam kejadian 9.32 pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Terbuka TLDM ke-90di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar