web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video 'Kafir' Sudah Diseleweng, Diambil Luar Dari Konteks Sebenar - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 12:24PM

Fadhlina Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Video larangan penggunaan perkataan ‘kafir’ yang memaparkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sudah diseleweng dari maksud sebenar, dan diambil di luar konteks.

Menegaskan perkara itu Fadhlina berkata, penilaian sebenar berhubung kenyataan tersebut dapat dibuat sekiranya ia ditonton secara penuh. 

Menurut beliau, paparan video yang hanya separuh itu adalah percubaan jahat untuk mencalarkan imej dan menjejaskan kredibilitinya sebagai menteri.

“Ia seterusnya berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkait 3R (raja, agama dan kaum) dengan melakukan pemesongan makna dan menyebabkan saya ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah, malah diancam keselamatan.

“Rakan-rakan telah menasihatkan agar laporan polis dibuat atas faktor keselamatan, malah kumpulan peguam menyarankan agar tindakan undang-undang dan sivil dikenakan kepada mereka yang terlibat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Ahli Parlimen Nibong Tebal itu, barisan peguamnya sedang mengumpulkan segala bukti menerusi pelbagai media sosial, meliputi hantaran, perkongsian, komentar dan beberapa medium lain.

“Kelihatan banyak pengguna media sosial telah bertindak di luar kawalan termasuk terlalu melampau dalam bereaksi.

“Saya juga memohon maaf sekiranya ada mengguris perasaan mana-mana pihak, atas kesalahfahaman, keterlanjuran kata dan khilaf yang datang daripada kelemahan diri saya,” katanya.

Video perkataan kafir memaparkan Fadhlina Sidek telah diambil di luar konteks dan disebarkan menerusi poster seperti ini - gambar Facebook
Video perkataan kafir memaparkan Fadhlina Sidek telah diambil di luar konteks dan disebarkan menerusi poster seperti ini - gambar Facebook

Fadhlina memberi amaran,  beliau bagaimanapun tidak akan berkompromi dengan segala fitnah dan tuduhan jahat, termasuk penyelewengan konteks yang disengajakan dan ancaman keselamatan terhadap dirinya serta keluarga.

“Hakikatnya, ia adalah suatu salah faham dan kesengajaan penyelewengan konteks sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

“Saya sebutkan, bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah ‘kafir’ yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga non-Muslim yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta,” katanya.

Beliau tegasnya, sama sekali tidak menafikan dan melarang penggunaan istilah atau perkataan yang disebut dalam Al-Quran.

“Ia adalah suatu isu memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian. Malah, Almarhum Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan mantan rektor Universiti Al-Azhar, Shaykh Prof Dr. Ibrahim al-Hudhud mengakui panggilan ghayru Muslim (non-Muslim) untuk digunakan termasuklah dalam penggunaan panggilan sosial.

“Hakikatnya, langsung tidak timbul isu menghalang penggunaan istilah dalam Al-Quran, malah tiada penafian istilah daripada Al-Quran sebagaimana didakwa pihak-pihak tertentu,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 7 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad