web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 2:36PM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaikan ucaptama pada Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Berbahasa Melayu dan Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Dan Remaja di Balai Budaya Tun Syed Nasir Wisma Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar Buku Negara diteliti semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, ini kerana beberapa elemen penting yang digariskan dalam Dasar Buku Negara antaranya berkaitan pembudayaan membaca, penerbitan dan pembukuan tidak pernah disemak sejak dasar itu diperkenalkan 39 tahun lalu iaitu pada 27 November 1985.

"Kami sedang melihat secara tuntas... jawatankuasa (bagi merangka dasar baharu) sudah pun digerakkan dan Dasar Buku Negara baharu akan dimuktamad pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku kanak-kanak dan remaja sempena Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Fadhlina turut mengumumkan peruntukan RM2 juta daripada Dana Penggerak Industri Buku Negara (PIBN) bagi menggalakkan penerbitan buku kanak-kanak di dalam negara.

Beliau berkata, penerbit yang berminat boleh memohon dan menyediakan cadangan penerbitan buku kanak-kanak yang bersesuaian bagi dipertimbangkan sebuah jawatankuasa.

"Saya yakin bahawa gerakan dan dana ini mampu menyuntik semangat penerbit untuk menerbitkan buku kanak-kanak yang berkualiti tinggi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Pendidikan 7 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Puan Menteri, Berhentilah Beralasan Demi Anak-Anak Bangsa! 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad