web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Minta Kementerian Pendidikan Tubuh Pasukan Khas Suntik Semangat Belajar Sains, Teknologi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 1:16PM

Anwar Ibrahim berkata dunia kini menuju kepada teknologi hijau terutama dalam bidang automotif, bagaimanapun dalam laporan terakhir diterimanya memaklumkan anak-anak kini kurang meminati subjek berkenaan terutama yang tinggal di kampung dan golongan miskin bandar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan satu pasukan khas bagi mencari jalan untuk menyuntik semula semangat anak-anak supaya kembali meminati subjek berkaitan sains dan teknologi.

Beliau berkata dunia kini menuju kepada teknologi hijau terutama dalam bidang automotif, bagaimanapun dalam laporan terakhir diterimanya memaklumkan anak-anak kini kurang meminati subjek berkenaan terutama yang tinggal di kampung dan golongan miskin bandar.

“Saya telah minta Menteri Pendidikan adakan pasukan khas untuk mencari jalan menyuntik semula semangat anak-anak supaya (bukan sahaja) dididik sebagai manusia tetapi juga diberikan bimbingan tentang cabaran dan disiplin baharu dalam bidang teknologi dan sains.

“… kerana dari kajian awal, minat anak-anak terutama di desa, pedalaman dan miskin bandar itu dalam bidang sains dan teknologi juga merosot... ini cabaran bagi kita dan negara yang menuju ke bidang teknologi hijau (serta) kereta elektrik. 

“Cabaran iklim, digitalisasi tetapi tidak cukup anak-anak yang terlatih dalam bidang pengkhususan ini,” kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 bertemakan Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI.

Majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh itu turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalannya Lim Hui Ying dan ribuan guru dari seluruh negara.

Anwar turut meminta warga pendidik agar memberi kesempatan baharu kepada kepimpinan kerajaan serta melonjakkan semangat rakyat untuk kembali menjadi negara hebat di rantau ini.

“Kita angkat negara ini dengan kekuatan bahasanya, sasteranya, budayanya, nilai dan akhlaknya dan teknologinya, diangkat sebagai satu negara hebat di rantau kita.

“Dan saya yakin insya-Allah, kalau guru-guru ini komited sepertimana saudara lakukan, tingkatkan sedikit, saya percaya masa depan kita akan cerah. Kita ketinggalan lama dalam simpang-siur politik,” kata beliau.

Pada majlis sambutan itu, Datuk Dr Nuinda Alias dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2023 manakala Datuk Mazlan Mohamad sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad