web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sistem Subsidi Diesel Diteruskan, Ditambah Baik - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 3:48PM

Sistem subsidi diesel negara harus diperbaiki berikutan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lepas. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sistem subsidi diesel sedia ada diteruskan dan ditambah baik dengan memastikan kenderaan yang mendapatkan bekalan diesel dari stesen minyak atau tangki skid dilengkapi dengan sistem 'fleet card' untuk memantau penggunaan diesel dan mengelakkan ketirisan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sistem subsidi diesel negara harus diperbaiki berikutan tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lepas.

Menurutnya, semakan menunjukkan penggunaan diesel melonjak 37.7 peratus iaitu 6.1 bilion liter pada  2019 kepada 8.4 bilion liter pada 2022, sedangkan jumlah kenderaan berdaftar yang menggunakan diesel hanya meningkat 2.4 peratus iaitu dari 2.08 juta pada 2019 ke 2.13 juta pada 2022.

“Jadi ada masalah tentang salah guna, penyeludupan dan ketirisan. Ini disebutkan ketirisan RM10 billion.

“Pemberian diesel subsidi itu diteruskan tetapi mesti melalui fleet card. Dengan cara ini kita dapat kesan siapa perlu boleh pakai, tapi jangan ambil diesel dan jual kepada kilang-kilang seperti mana berlaku sekarang," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan sedang memperincikan jenis-jenis kenderaan yang akan menikmati subsidi diesel.

“Kita sedang perinci kenderaan mana diperlukan dan sebagainya tetapi yang jelas subsidi diesel tidak dinaikkan.

“Cuma kita nak tentukan yang berhak akan peroleh diesel subsidi. Kita tidak mahu, wang cukai dibayar untuk bantu rakyat tetapi diguna kartel-kartel seperti kartel-kartel minyak masak, digunakan untuk kepentingan segelintir kecil,” kata beliau.

Anwar berkata kerajaan telah melaksanakan program subsidi bersasar secara berperingkat bermula Januari 2023 apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi penuh tarif elektrik kepada syarikat besar yang menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang tinggi. 

Beliau berkata pengurusan subsidi yang lebih bersasar dan mampan menjadi keutamaan dalam memastikan perbelanjaan kerajaan disalurkan kepada keperluan pembangunan yang dapat memberi nilai tambah lebih tinggi kepada ekonomi negara. 

Sementara itu, Anwar berkata MTEN bersetuju Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan bertujuan mengabungkan sebanyak mungkin maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah untuk membantu kerajaan mengubal dasar dan menyasarkan subsidi.

Beliau berkata PADU akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.

“Kekerapan dan ketepatan data adalah penting untuk membantu penggubalan dasar kerajaan yang dapat memenuhi keperluan dan keyakinan rakyat. 

“Isu berkenaan sekuriti data juga akan ditangani dan diutamakan, serta penyelarasan lebih baik untuk mengurangkan aspek pertindihan,” katanya dan menambah bahawa MTEN telah diarahkan untuk melihat keperluan penggubalan akta khusus untuk membolehkan inisiatif perkongsian data itu dapat diperkukuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad